
Memilih nama Ardy Wira sebagai cahaya mata sulung, pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis kini semakin ceria dan bahagia.
Apatah lagi dengan kehadiran orang baru yang sekaligus membuatkan hidup suami isteri ini kian bermakna.
Sudah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu, pasangan ini sering berkongsi foto anak kesayangan mereka di Instagram.
Pada masa sama, Ardy yang kini berusia tiga bulan dilihat membesar dengan sihat dan aktif.
Jadi, MH bawakan kepada anda transformasi Ardy dari awal kelahiran hingga kini.
Malah, bayi comel ini juga kini memiliki hampir 30,000 pengikut di Instagram dan lebih 100 gambar dikongsikan bersama.
Untuk rekod, Ardy dilahirkan seberat 3.26kg di sebuah hospital swasta jam 6.29 petang.
Foto: IG Ardy Wira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tahniah, Saya Mendoakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka,” – Ucapan Syafiq Kyle Buat Kamal Adli-Uqasha Senrose

Pelakon Syafiq Kyle mengucapkan tahniah dan gembira atas kejutan lamaran yang diterima rakan selebriti, Uqasha Senrose oleh pelakon, Kamal Adli sejurus menyampaikan trofi di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), pada Ahad.
Momen tersebut bukan hanya mengejutkan peminat, malah rakan artis termasuk Syafiq sendiri.
“Tahniah, saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Saya terkejutlah… Sebab lamaran sedemikian jarang-jarang berlaku.
”Tambahan pula saya berada di barisan hadapan. Akan tetapi saya gembira untuk dia.
“Sebab saya tahu mereka sudah lama bersama, happy untuk diaorang. Doakan yang baik-baik.
“Pada masa sama, saya juga minta kalian mendoakan yang baik-baik juga untuk saya,” katanya kepada MH.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal jodohnya pula, pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, mengakui menunggu masa sesuai untuk bercerita lanjut tentang perkara tersebut.
“Saya tidak rasa tertekan selagi ibu saya tidak ‘menekan’ sayalah (untuk berkahwin). Bagaimanapun, dia pernah bertanya mengenai hal tersebut.
“Sejujurnya, saya nervous… Kita ni merancang. Sebaiknya, saya mahu merancang untuk diri saya terlebih dulu. Apabila saya sudah ‘complete’, ada jawapan yang ‘solid’ dan sudah boleh untuk kongsi, barulah saya bersedia.
”Cuma bila, saya pun tidak pasti. Niat ke arah itu memang ada, insya-Allah,” katanya yang berjaya ungguli dua trofi AME tahun ini iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.
Terdahulu, Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung AME2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin buat pelakon cantik berusia 28 tahun itu.
Sambil menyatakan persetujuan apabila dilamar, pasangan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu mendapat sokongan penonton sekali gus meleraikan teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.
Sebelum ini, hubungan baik mereka menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas keduanya digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.
Malah beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja turut bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka pernah mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit.
Foto: Astro, Instagram Syafiq Kyle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Saya Kuat, Hati Saya Hilang. Semua Hancur,”- Ibu King Koko Meninggal Dunia, Al-Fatihah!

Selebriti media sosial, King Coco berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Fatimah Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin.
Menurut King Koko atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, dia terkilan kerana menyifatkan baktinya masih belum cukup untuk membalas segala jasa ibunya selama ini.
“Minta sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu kesayangan saya. Fatimah Abdullah who had just pass away ini about hour ago.
“Mama, kenapa pergi. I still need you. Maaaa, I owe you so much Maa. Tak sempat nak bayar apa-apa pun. Tak cukup bayar lagi maa.
“Kenapa pergi? Kata nak bercuti sama? Kata nak pindah duduk dengan adik. Mama tipu, mama tinggal adik,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikannya menerusi beberapa hantaran yang dimuat nak di ruangan IG stories.
Dalam pada itu, King Coco turut memberitahu, dia kini sedang berusaha mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ketiadaan ibunya nanti.
“Maaf saya tak meratap. InsyaAllah doakan saya kuat. Kuat dan kuat. Besar dugaan untuk saya. Hati saya hilang semua. Semua hancur.
“Terima kasih yang mendoakan arwah mama saya. Hanya Allah SWT yang dapat balas. Terlampau banyak mesej dan calls yang tak dapat saya dahulukan,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu, King Coco turut memaklumkan dia tetap akan meneruskan misi bantuannya untuk menghulurkan sumbangan buat mereka yang terkesan akibat aku pandemik Covid-19.
“InsyaAllah saya okay. Untuk rumah yang kekurangan beras. DM saya nombor account. Saya akan sedekah. Saya tak minta banyak. Doakan ibu saya sahaja,” ujarnya.
Meninjau di ruangan Instagram stories, rata-rata kenalan King Koko turut berkongsi rasa selain mendoakan semoga arwah ibunya itu ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Salam takziah tu my bff King Coco atas pemergian ibu tercinta. Stau strong babe.
“Al-Fatihah untuk mama you babe. You kena kuat bff. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mama King Coco.
“Saya ucapkan takziah to my friend atas pemergian ibunya.
“Salah takziah to my friend King Coco and family atas pemergian ibu tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Stau strong Coco,” antara reaksi-reaksi kenalan King Coco yang kembali dikongsikan menerusi Instagram stories.
Sumber: Instagram King Coco
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tya Ariffin Kini Hamil Empat Bulan, Muat Naik Momen Pertama Tahu Berbadan Dua Lagi Di IG

Juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tya berkongsi berita gembira itu kepada peminatnya dan dan berterima kasih buat smeua yang mendoakan.
Tya kini sedang hamil empat bulan.
Serentak dengan posting entri tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahnia termasuk rakan artis.
Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.
Foto: Instagram Tya Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI