Semalam menyaksikan kemenangan 3-0 Skuad Harimau Malaya Malaysia terhadap Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Yang pastinya, kemenangan yang sangat dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia itu turut disaksikan oleh para selebriti tanah air.
Antaranya adalah pasangan pelakon, Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle.
“Malaysiaku, kami peluh untukmu,”tulis Diana di Instagramnya.
Selain mereka, turur hadir adalah pelakon, Lisa Surihani.
“Ngaum,” tulisnya.
Turut hadir memberikan sokongan adalah pelakon, Ummi Nazeera dan suaminya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani.
“Bangun bangun bangun harimau bangun. Bismillah lets do this Malaysia,” tulisnya.
Selain itu, penyanyi, Raja Syahiran juga turut sama hadir memberikan sokongan kepada pemain Malaysia.
“The squad having Malaysia’s back behind the mask,” tulisnya.
Tidak dinafikan sememangnya malam semalam merupakan satu momen yang manis buat Malaysia.
Apa-apapun, MH bangga lihat rakan artis turut sama menunjukkan semangat kesukanan dan menyokong team negara sendiri. Malaysiaku!