Pelakon, Hannah Delisha kini tampil dengan gaya rambut terbarunya.
Pelakon dan penyanyi, Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih dikenali sebagai Hannah Delisha kini tampil dengan gaya potongan rambut depan (bangs).
Malah, bintang drama 30 Pesanan Suara ini turut berkongsi beberapa keping foto di Instagramnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rakan selebriti turut memuji gaya rambut pelakon itu.
Malah, ada juga yang menganggap pelakon ini sebagai ‘anak patung’.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat ribuan tanda suka (likes).
Nyata, Hannah bijak memilih warna ‘red wine’ yang bersesuaian dengan warna kulitnya, kan?
Foto : Instagram Hannah Delisha