Namanya mungkin tidak bersinar seperti kakaknya, Fasha Sandha, namun Elisya Sandha sering mendapat perhatian ramai dek rupa parasnya yang cantik dan jelita.
Merupakan pendatang baru dalam industri hiburan, bintang berusia 19 tahun itu pernah menghiasi kaca televisyen menerusi drama dengan hanya memegang watak sampingan sahaja.
Antara drama yang pernah diterajuinya seperti Hai Lah Menantu, Aku Mahu Ke New York, Bila ChaCha Masuk Asrama dan banyak lagi.
Jadi, jom MH belanja antara gambar Elisya yang sentiasa on point dan vogue. Cantiknya!
Pelakon Ungku Aziz sekali lagi berkongsi perkembangan Nad Zainal, setakat Jumaat.
Ungku Ismail memaklumkan, aktres berkenaan masih lagi mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam pemantauan doktor.
“Assalamu’alaikum semua. Perkembangan tentang Nad Zainal kini, dia masih di ICU, masih recovering. Alhamdulillah.
“Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama sama dia kuat dan terus mendoakan dia.
“Jangan lupa untuk sentiasa titipkan do’a do’a agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat sedia kala.
“Moga Allah Lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru parunya baik pulih dari segala akibat penyakit itu,” jelasnya.
Dia berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Insta Stories.
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut berterima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan ramai menerusi Tabung Kecemasan Nad Zainal.
“Juga, terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk rawatan medik dan post care Nad Zainal.
“Sebahagian sudah pun disalurkan kepada pembayaran sementara menanti jumlah selanjutnya.
TaqobbalAllahu Minna wa Minkum.
“Tabung Kecemasan ini akan ditutup pada hari Isnin ini. Moga Allah Ampunkan dosa kamu semua, dan DiKurniakan Rizq melimpah ruah, dan DiQabulkan Dilstijabkan hajat hajat tuan/puan.
“Allahumma Aamiin. Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfiihaa,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azlan sememangnya terkenal dengan kemampuannya untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
Bagaimanapun, Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle Sallehudin akui dia kini sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan mengenai keadaan kotak suaranya itu.
“Saya tak tolak kemungkinan apabila kerap menyanyi dengan key yang tinggi ini, mungkin akan mendatangkan kesan di kemudian hari. Usia pun semakin meningkat, masalah itu mungkin akan ada.
“Andai kata saya tak mampu lagi, mungkin saya akan plan strategi lain seperti turunkan key atau beri fokus pada cabang lain seperti penciptaan lagu, menjadi komposer atau menerbitkan program tv. Segalanya masih berkait dalam bidang seni juga.
“Saya tidak meletakkan sasaran bila akan berhenti menyanyi. Saya berserah sahaja kepada Allah. Selagi dia beri izin saya akan teruskan. Suara ni pun bukan hak kita. Selagi boleh, teruskan sahaja. Ambil contoh Datuk Awie, dia steady je,” katanya kepada MH.
Vokalist band Azlan & The Typewriter ini berkata sedemikian ketika ditemuramah pada majlis berbuka puasa Indigital Music yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Azlan turut menambah, meskipun keadaan semasa industri muzik agak tidak menentu namun, dia bertekad untuk terus berusaha demi masa depan dirinya dan keluarga.
“Muzik ini satu persekitaran yang tidak menentu dan tidak boleh dijangka. Hari ini mungkin orang suka muzik seperti ini, esok lusa muzik lain pula. Peredaran muzik ini terlalu laju dan drastik. Sebagai komposer, saya kena sentiasa peka.
“Kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. Saya ada keluarga. Nak tak nak tetap kena fikir juga untuk masa depan.
“Rata-rata yang terlibat dalam bidang seni ada perasaan bimbang dengan masa depan. Ditambah pula dengan dengan keadaan industri ketika pasca pandemik ini. Apapun, kita lawan dan teruskan sahaja.
Dalam pada itu, Azlan akui berasa amat bersyukur selepas lagu Jangan Khianati Aku telah berjaya meraih Anugerah Platinum selepas merekodkan hasil jualan melebihi RM300,000.
Jelasnya lagi, keputusannya untuk membuat lagu mengikut citarasa pendengar ternyata mendapat sambutan yang luar biasa.
“Saya sendiri tak menyangka untuk mendapat anugerah platinum ini. Mungkin sebelum ini saya banyak membuat experimen untuk muzik-muzik bagi kepuasan saya sendiri dan membuatkan orang susah nak faham.
“Bila saya mula buat lagu mengikut trend dan citarasa pendengar, dapat pula penganugerahan ini. Saya syukur sangat-sangat. Saya rasa macam mimpi,” akhirinya.
Lagu Jangan Khianati Aku ini merupakan ciptaan sepenuhnya Saudara Dark.
Selepas dua tahun diterbitkan, lagu ini telah pun meraih lebih 24 juta tontonan di Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azlan & The Typewriter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman sosial sebuah video memaparkan Youtuber Indonesia, Nadia Omara mengulas akan persamaan antara band lagenda, The Beatles dan band Indonesia The Tielman Brothers.
Menurut wanita ini, The Tielman Brothers merupakan satu-satunya band dari Indonesia yang berjaya memecah ruang ke peringkat antarabangsa pada tahun 1950-an.
“Malah mereka juga band pertama yang melancarkan single rock and roll atau dikenali sebagai Indorock di Belanda dan menjadi sangat terkenal di Eropah.
Jelasnya lagi, muzik ini telah menyatukan industri muzik Indonesia dan Barat yang berakar daripada muzik keroncong.
Malah anggota The Beatles, John Lennon dan Paul Mccartney sempat hadir menyaksikan persembahan hebat band ini ketika di Jerman dan terdapat sebuah foto yang membuktikannya. Pada waktu itu, The Beatles masih lagi sebuah band yang beraksi di kafe.
Paul juga dikatakan terinspirasi daripada bass violin Hofner yang digunakan The Tielman Brothers dan menggunakannya sepanjang kerjaya bersama The Beatles.
Walau bagaimanapun, harus diakui The Tielman Brothers terlebih dahulu menguasai industri muzik dunia sekitar tahun 1950-an.
Foto : Youtube Nadia Omara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.