Linda Rafar sehari lalu ada berkongsi pengalaman menjaga salah seorang anak lelakinya, Syed Rezariiq yang telah pun selamat menjalani proses berkhatan dan sedang dalam tempoh pantang.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 41, memaklumkan, momen menjaga anaknya itu seperti mengingatkan dirinya sewaktu menjaga arwah Memen di hospital tidak lama dulu.
“Terpaksa Tunda holiday.. Dlm proses menjaga org berpantang sunat.. mcm2 dugaan lepas bersunat ingat sunat x nangis,balik kira dah selesai.
“Rupanyaa balik habis ubat bius trus ngerang nangis.. mama takleh nk tido.. trus terflashback jaga arwah memen masa kat hospital.
“Now still proses berpantang, jaga mkn, minum, bilik xleh sejuk sgt or panas sgt.
“Standby la air,cookies bila tgh mlm mintak mkn, bukan senang ye nk lalui proses ni..lain org lain dugaan.. jom share anak2 yg dlm berpantang sunat.
“Ada x lalui sama mcm linda lalui?? Teka mme satu yg bersunat tu @rezaqiib_ @rezaliif_ @rezariiq68 @syedaiman75 #CQF #SunwayLagoonMy,” tulis Linda.
Terdahulu, Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada Disember 2006.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif berusia tiga tahun.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, keduanya dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib memohon ramai untuk tidak memuat naik foto atau video isteri Allahyarham Isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tidak menutup aurat di media sosial.
Bapa kepada empat cahaya mata ini turut memohon jasa baik agar tidak berkongsi hal kebaikan yang pernah dilakukan arwah secara berlebih-lebihan.
“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.
“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.
“Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Perkara itu dikongsikan Shuib menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Shuib pada masa sama mendedahkan, adalah lebih baik untuk berserhana dan setiap yang dilakukan.
“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dirinya hanya berpeluang merasai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan selepas dia berusia 28 tahun.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, untuk merasai nikmat tersebut, seseorang itu harus bekerja dengan kuat ketika usia mereka masih muda.
Katanya lagi, ketika ini, dia baru dapat merasai nikmat berehat setelah berjaya mencapai misi-misi tertentu di dalam hidupnya.
“Saya selalu perasan, generasi sekarang, mereka mahukan kehidupan dan kerja yang seimbang.
“Minta maaf, saya ada kehidupan kerja yang seimbang ketika usia saya 28 tahun selepas saya sudah pun mencapai amaun tertentu, beli dua buah rumah dan kereta,” katanya.
Pelakon drama Puteri Lindungan Bulan itu berkata sedemikian menerusi program podcast, Studio Sembang di laman YouTube, ATHQ Media.
Jelas Janna lagi, dia bukan berniat untuk berlagak sebaliknya hanya menceritakan mengenai realiti masa kini.
“Apa yang saya katakan ini bukan untuk berlagak tapi saya nak bagitahu, saya hanya boleh bertenang seketika ketika saya sudah pun mencapai misi-misi tertentu dalam hidup saya.
“Kalau impian hidup yang pertama pun anda masih belum capai, jangan pernah terfikir untuk punyai waktu kerja yang seimbang.
“Melainkan ibu bapa anda kaya atau anda memang nak kahwin lelaki kaya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan dirinya tidak sempat merasai keseronokkan ketika zaman kerana zaman remaja kerana sibuk bekerja.
“Saya tidak mempunyai fasa di mana saya menikmati zaman remaja saya. Saya tak sempat nak merasai momen-momen seperti melepak dengan kawan-kawan. Baru sekarang saya boleh relax sedikit.
“Kita memang kena berkorban. Kita tak boleh menjangkakan untuk hanya bekerja selama lapan jam. Kemudian punyai ‘me time’ dan ada masa bersama kawan-kawan.
“Kalau kita nak berada di satu tahap yang lain. Kita kena buat perkara yang orang lain tak buat. Kita kena bekerja dengan lebih keras,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan perkongsikan tersebut selain turut berharap agar turut sama dapat merasai nikmat kejayaan seperti orang lain.
“Terima kasih kerana berkongsi cerita awak Janna. Saya sangat sukakan episod kali ini. Hos juga bagus macam selalu.
“This so inspiring. Thank you for this hreat podcast.
“Janna, we really proud of you.
“Janna ini seorang yang bekerja keras. Sebab itu dia layak mendapat kejayaan apa yang dia ada sekarang. Kalau ada bakat tapi tak bekerja keras pun tidak akan ke mana.
“Awak sangat memberikan inspirasi Janna. Awak antara artis yang membuatkan saya ingin bekerja keras,” antara komen-komen netizen di Youtube.
Setakat ini, video podcast berkenaan telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan di laman YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & YouTube Studio Sembang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!