[GAMBAR] “Majoriti Teka Anak Dalam Perut Ni Lelaki,” – Ini Momen Indah Sekitar Baby Shower & Pelancaran ‘CakePop’ Hanez Suraya

Share

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan kedua sekitar Julai depan mengakui majoriti rakan-rakannya meneka dia bakal bersalin anak lelaki tidak lama lagi.

Jelasnya, mereka meneka jantina tersebut apabila melihat kepada bentuk perutnya yang dikatakan menonjol ke depan.

“Majoriti teka bayi dalam kandungan saya lelaki, sebab kata mereka perut saya macam menonjol ke depan. Saya tidak kisah jantina anak asalkan bayi berada dalam keadaan sihat sempurna. Itu sudah memadai,” harap Hanez.

“Dulu masa mengandungkan anak pertama, saya memang jarang keluar rumah. Rasa penat cuma kali ini masih lagi boleh aktif meski sudah pun tujuh bulan bersalin. Hinggakan suami turut memberi pesan kepada saya agar banyakkan rehat,” katanya kepada MH.

Serentak dengan pengumuman jantina anak keduanya yang bakal lahir itu, pelakon Love You Mr Arrogant mengakui dia mulai pasang impian untuk memperkenalkan liptint sendiri gara-gara minatnya terhadap dunia seni Korea.

“Penyeri bibir biasanya untuk jadikan bibir kita tampak segar kemerah-merahan. Saya ilham untuk hasilkan produk tersebut pun kerana saya memang meminati K-pop.

“Mengandung ni tak tah lah teruk sangat ‘kemaruk’ minat drama Korea dan K-pop. Hinggakan saya merayu pada suami nak pergi Korea. Minat sangat, tak tahu kenapa,” selorohnya.

“Pada masa sama, saya memang sering aplikasikan liptint pada bibir. Jadi bila ditanya ramai akhirnya ia buahkan idea untuk lancarkan liptint sendiri. Liptint CakePop ini hadir dalam tiga variasi warna dan perisa iaitu Oren, Strawberi dan Tembikai” terang Hanez.

“Yang berminat boleh dapatkan ia secara dalam talian. Memang lancarkan dalam masa singkat kerana selepas ini musim perayaan dan saya juga akan berada dalam tempoh pantang.

“Jadi lebih baik untuk team kami lancarkan ia terus,” jelasnya yang tidak membelakangkan Deeja Cosmetics yang menjadikannya sebagai wajah wakilan.

Published by
Rafiq Mazlan