Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis yang kini menetap di Montreal, Kanada, Azah Aziz kini sedang berliburan di Sydney, Australia. Turut mengiringi percutiannya ke sana ialah anak sulung, Aaron.
Lalu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Cinta Karporat tidak lama dulu itu ada berkongsi beberapa foto menarik saat mereka di sana.
Lalu, ramai juga netizen yang mulai ‘cuci mata’ apabila melihat ketampanan anak sulungnya yang kini sudah pun mencecah usia 22 tahun.
Aaron merupakan anak sulung di kalangan tiga beradik yang kesemuanya lelaki. Anak kedua Azah bernama Brian, 15, dan Justin 12, hasil perkahwinannya bersama Daud Leroy Abdullah.
Jom, ikuti beberapa foto menarik Azah bersama anak sulungnya ini saat berliburan di Sydney.
Foto: Instagram Azah Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI