[GAMBAR] “Makin Lama Makin Singkat,”- Komen Netizen Fasal Isu Tudung Sherry Ibrahim, Bimbang Boleh Timbulkan Fitnah

Share

Tidak dinafikan, penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Ibrahim yang tampil berhijab sejak April 2016 disenangi dan disukai ramai.

Malah penampilannya yang sedemikian membuatkan figura ini kian ayu dan berseri-seri.

Bagaimanapun, baru-baru ini Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim telah memuat naik beberapa foto di Instagram.

Foto tersebut melihatkan gaya Sherry yang mengenakan pakaian kasual,iaitu mengenakan kemeja dan seluar palazzo.

Namun, fesyen tudungnya itu secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen yang menganggap pemakaian tudungnya itu singkat dan boleh mendatangkan fitnah.

Terdahulu, artis wanita yang turut mendapat teguran dari netizen yang menggayakan pelbagai jenis fesyen tudung seperti Neelofa, Bella Dally dan Siti Sarah.

Published by
MH