Bintang pop era 90an, Mariah Carey, dulu dikenali memiliki tubuh badan yang seksi tapi kini tidak lagi, malah kesihatan penyanyi berusia 48 tahun tersebut juga dalam keadaan membimbangkan.
Namun, ramai peminat tidak boleh menerima hakikat apabila media memuat naik berita tentang penambahan berat badan penyanyi popular Mariah Carey baru-baru ini dan mencuri perhatian orang ramai.
Sehingga ada segelintir peminat tidak dapat menerima hakikat dan menafikan perkara tersebut.
Bagaimanapun, foto-foto terbaru Mariah ketika membuat persembahan di Caesars Palace, 11 Julai telah pun menjadi viral di Korea.
Menurut sebuah portal, tubuh yang gemuk membuatkan penyanyi My All itu dilihat sukar berjalan ketika mengadakan persembahan di Caesars Palace.
Salah sebuah sumber yang berada di konsert itu mengatakan, Mariah sering menghilangkan diri setiap 15 minit ke belakang pentas untuk berehat dan ada juga yang risau Mariah akan terjatuh kerana memakai kasut tumit tinggi.
Ternyata beberapa keping foto yang disiarkan menerusi portal itu telah mengejutkan peminatnya kerana Mariah hampir tidak dikenali.
BACA: http://www.mediahiburan.my/gemuk-melampau-doktor-nasihat-mariah-carey
Pelbagai reaksi peminat diterima menerusi ruangan komen tidak kira sama ada negatif atau positif.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan pendapat bahawa pemilihan pakaian penyanyi itu tidak bersesuaian dengan bentuk tubuh badannya.
Berikut merupakan foto-foto terbaru Mariah Carey yang telah menjadi viral:
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]