Selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat telah selamat disatukan sebagai suami isteri.
Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.30 pagi, Sabtu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan selebriti tersebut dinikahkan adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin daripada pengantin lelaki dalam bentuk sebentuk cincin.
Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” ujar mereka.
Neelofa anggun mengenakan persalinan daripada Alia Bastamam dan ditatarias oleh Sharman.
Turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga Neelofa iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.
Pasangan ini merisik pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Sementara pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.
Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI