Walaupun bulan syawal hampir melabuhkan tirai tetapi pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tetap tidak melepaskan peluang bergaya sakan kala sambut lebaran.
Menerusi akaun Instagram Rozita atau sinonim dengan panggilan Che Ta kelihatan masih lagi dalam ‘mood’ beraya.
Perkongsian pelakon yang berusia 46 tahun itu kelihatan sangat meriah menyambut syawal tahun ini malah menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat memuji pelakon asal Alor Star, Kedah ini kerana tampak elegan dan sangat cantik menyambut hari raya aidilfitri meski bulan syawal kini hampir berakhir.
Wow…glamor dan lawa persalinan hari raya Che Ta tahun ini. Meriah habis!
Foto : Instagram Rozita Che Wan