Terdahulu, Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Muala Lokman Hakim berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012.
Mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lahir pada bulan yang sama iaitu
Aisyah Sofea 7 April 2014, Abdullah Umar 9 April 2016 dan Fatimah Zahra 22 April lalu.
Foto : IG Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski lagu nyanyiannya, Bahagia telah dirakam pada tahun 2017, single tersebut kembali diperkatakan selepas mendapat sambutan menggalakkan sekaligus mencetuskan tular di Indonesia ketika ini.
Menurut Eza Edmond,23, dia sebenarnya tidak menyangka sambutan yang diberikan peminat muzik Seberang begitu dahsyat sehinggakan ramai yang meminta kebenaran untuk merakamkan semula lagu tersebut.
“Ini memang sesuatu yang di luar jangkaan. Dulu lagu ini sudah tular di sana selepas dilancarkan berdasarkan komen yang mereka tinggalkan pada muzik video. Ada juga yang memuat naik video sendiri sehingga mendapat jutaan tontonan.
“Kini Bahagia sekali lagi tular di sana. Pelbagai versi sudah dibuat oleh pelbagai pihak dan ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada saya yang masih belum dikenali ramai,” katanya.
Semuanya bermula apabila lagu tersebut diolah semula oleh beberapa orang deejay (DJ) popular di sana dalam pelbagai versi termasuklah remix dan sebagainya.
Antara deejay yang tertarik dengan lagu berkenaan ialah DJ Komang yang sememangnya popular di sana.
Muzik versi remix yang diadun mendapat tular di aplikasi TikTok seterusnya menambahkan lagi populariti lagu berkenaan.
Malah, versi remix yang dibuat juga dimuat naik ke YouTube dan ditonton lebih 20 juta kali.
Difahamkan setakat ini, lebih 20 syarikat muzik dan lebih 30 penyanyi dari negara seberang meminta kebenaran daripada syarikat rakaman naungannya, Sheikh Qalam Records untuk merakamkan semula lagu berkenaan.
Ada di antara mereka sudah merakamkan semula lagu berkenaan dalam bahasa Jawa dan pelbagai bahasa kaum di sana serta mengeluarkan semula di YouTube.
Malah, ada juga yang meminta kebenaran untuk mengubah lagu ini kepada versi lain seperti jazz, dangdut, rock dan akustik.
“Tak tergambar dengar kata-kata apabila lagu ini menjadi sebegitu besar di sana ketika ini. Saya anggap ini rezeki kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Bahagia. Mereka bekerja keras dahulu dan hasilnya baru dilihat sekarang.
“Setidaknya dengan sambutan yang diberikan membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk menempatkan nama dalam industri,” kata anak kelahiran Papar, Sabah ini lagi.
Tambahnya lagi, dia gembira apabila lagu berkenaan juga dinyanyikan oleh Bulan Sutena, salah seorang penyanyi baru di salah sebuah stesen TV di sana.
Impak daripada persembahan berkenaan, semakin ramai yang mula mencari penyanyi asal walaupun lagu berkenaan ditukar tajuk kepada Setiap Yang Ku Lakukan Untuk Mu di sana.
“Saya mahu berterima kasih kepada Hazmi Fahim yang menciptakan lagu yang indah ini dan kepada semua peminat, terima kasih terus memberikan semangat kepada saya sejak dahulu.
“Insya-Allah ada sesuatu yang besar akan saya lakukan sedikit masa lagi. Apa-apa pun kena tunggu,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tampil memberikan pandangannya selepas menerima reaksi seorang pengguna Instagram yang seolah-olah mempertikaikan caranya dalam menghulurkan bantuan.
Individu tersebut menerusi ruangan komen memuji tindakan Elly dalam memberikan bantuan, namun baginya, perkara tersebut tidak perlu dihebohkan.
Lalu, penyanyi Dusta Cinta itu menjelaskan, apa yang dilakukan bergantung kepada niat.
“Kalau tak bagi tau macam mana org lain nak tau yg kami nak bg bantuan .. maknanya saudara @ebitlew tu pun salah cara la ye? Segalanya bergantung pada niat.
“Bukan ke cara mcm ni juga sedikit sebanyak buat org lain di luar sana sedikit sebanyak tergerak hati ingin mmbantu .. ni juga I ibadah.. ni la dia kaki sembang,” tulis Elly.
Dia pada masa sama menambah, dia tidak pula menjaja foto golongan yang menerima bantuan di media sosial miliknya.
Malah, Elly turut meminta supaya tidak perlu untuk banding-membandingkan.
“Saya bg sumbngan xde pun suruh mereka ambil gambar dan bg dkat saya,kemudian saya jaja gambar tersebut dlm ig saya..ade ke?
“Sy lg bijak dari awk soal Maruah org.. dan sy mmbntu kerana Allah dan ihsan sesama manusia.. jgn mngajar org, jgn judge org, jgn bandingkan org. Dan jgn buat keja Allah. Hadam telan mamah ni baik-baik,” tulisnya lagi.
Elly turut memuat naik tangkap layar komen tersebut menerusi Insta Story miliknya hari ini.
Terdahulu, Elly yang kini sedang sarat hamil anak kedua menerusi video di Instagram memohon orang ramai yang mempunyai kesulitan atau memerlukan bantuan supaya menghubunginya.
Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina berkata, mereka yang memerlukan boleh meninggalkan nombor telefon di Direct Message (DM) Instagram (IG)nya. Bagaimanapun hanya satu permintaan daripadanya, iaitu kejujuran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah membuat akaun media sosial Twitter palsu dan mengunakan foto wajah pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
Difahamkan akaun media sosial tersebut bersifat tidak beretika dan tidak sopan.
Lalu, hos dan usahawan Neelofa ada meluahkan pendapat dan perasaan kurang senang atas tindakan invividu berkenaan.
“Tindakan individu menggunakan “nama” dan “profile picture” yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan “tweets” yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika.
“Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna social media yang bijak.,” tulisnya.
Tindakan individu menggunakan “nama” dan “profile picture” yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan “tweets” yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna social media yang bijak.
Pada masa yang sama, rata-rata netizen menyarankan bekas pengacara rancangan MeleTOP itu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.
Bagaimanapun, usahawan asal Kelantan ini menjelaskan tidak mahu membuat sedemikian dan berharap semua pengguna media sosial mempunyai rasa sifat tanggungjawab dalam diri.
“Haha tak nak lah sampai ke tahap itu. Just berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan “bermedia sosial”,” balas Neelofa.
Haha tak nak lah sampai ke tahap itu. Just berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan “bermedia sosial” ❤️ https://t.co/JvhiJvEaHX
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...