Penyanyi, Sufian Suhaimi ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut ternyata dilihat telah menimbulkan rasa curiga dan kurang senang dikalangan hati peminatnya di media sosial.
“Bukan kuat tidur, cuma berlatih meninggal,” tulisnya.
Tweet tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak dan mereka turut membanjiri ruangan komen komen tersebut untuk memberi semangat kepada penyanyi berkenaan.
Dalam pada itu, tweet tersebut telah menjadi tular selepas mendapat lebih 26,000 retweet dan 20,000 tanda suka.
Alahai, kenapa pula dengan Sufian tu? Apapun, kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi lagu Di Matamu itu.
Sumber: Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, Ayu Rudhah telah selamat melahirkan cahaya keenam tepat jam 2.25 petang.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25 petang,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyerang pasukan Negeri Sembilan itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik buat isteri dan anaknya itu.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Sekadar informasi, Zaquan telah mendirikan rumah tangga bersama Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan pada tanggal 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zaquan Adha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Amelia Henderson menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya sombong susulan meneruskan ‘lawan’ sekaligus menuruskan kes perlanggaran kontrak bersama syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Menurut Amelia, dia hanya mahu mempertahankan nama baik serta kerjaya yang telah dibina sejak lebih dua dekad lalu.
“Saya nampak ramai yang memberikan komen dengan mengatakan saya degil dan sombong. Itu yang mereka katakan kepada saya apabila saya memilih untuk meneruskan kes ini.
“Saya tahu, kalau orang lain, mungkin kereka tidak akan memilih jalan ini. Namun berbeza buat saya. Saya sudah bekerja di dalam industri ini sejak 27 tahun yang lalu.
“Apabila ada yang mempersoalkan mengenai kerjaya yang sudah saya berikan sepenuh jiwa dan raga, saya agak sebak. Sudah tentu saya mengambil berat tentang kerjaya saya.
“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan kerjaya yang saya bina seumur hidup saya,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Dalam pada itu, pelakon filem Pulau ini
menyifatkan segala tohmahan yang telah dilemparkan langsung tidak mencerminkan keperibadiannya.
“Jawapan profesional, saya tidak terkesan sebab orang-orang yang mengenali saya tahu saya macam mana. Namun, kalau jawapan jujur, tiada manusia yang tidak akan terkesan kalau berhadapan situasi begini.
“Tipulah kalau baca komen tapi tak terasa. Jujurnya memang saya sakit. Selama ini memang saya jaga reputasi dan hubungan baik dengan peminat.
“Jadi, saya bimbang sebab apa yang mereka katakan kepada saya itu langsung tidak mencerminkan diri saya. Kalau saya sombong atau pentingkan diri sendiri, saya tak mampu bertahan sehingga hari ini,” ulasnya lagi.
Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga akui kes ini sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.
“Sejujurnya selepas kejadian ini, kerjaya lakonan saya terkesan. Namun, saya mengharapkan reputasi yang telah bina selama ini tidak menjejaskan kepercayaan terhadap orang industri.
“Saya rasa semua orang percaya yang rezeki itu datang daripada Tuhan dan bukan manusia. Setiap kali saya tidur malam, fikiran saya memang jelas yang rezeki memang sudah ada tertulis untuk saya.
“Selagi saya cuba sedaya upaya untuk menjadi manusia yang baik dan karyawan yang ikhlas, saya yakin kes ini ada penyelesaiannya,” katanya lagi.
Terdahulu, mahkamah telah bersetuju untuk memberikan perlaksaan pergantungan kepada pelakon Amelia Henderson terhadap plaintif, A Aida Production Sdn Bhd.
Pihak Amelia tidak perlu membuat permohonan maaf atau memadam video berkaitan A Aida Production Sdn Bhd sehingga rayuan penuh di Mahkamah Tinggi pada 24 Oktober.
Sebelum ini, Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi kepada A Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd kerana melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Amelia perlu membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida selaku plaintif.
Bukan itu sahaja, Amelia turut dihalang daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadap plaintif, memadam video berunsur fitnah dan membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya @ameliath dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!