Kehangatan bola sepak malam ini antara skuad Harimau Malaya dan Vietnam bagi merebut Piala Suzuki AFF 2018 kian terasa.
Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Stadium My Dinh,Vietnam, usah risau kerana korang semua boleh menyaksikan perlawanan tersebut secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan skrin gergasi.
Jadi, MH senaraikan antara selebriti yang hadir seperti Shiha Zikir, Raden, Farah Hazel, Tajul, Kumpulan Floor 88 dan Wany Kayrie
Pelakon Yuna Rahim, 27, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muhammad Nurakmal Ayub,27, pada Sabtu bersyukur kerana dijodohkan dengan insan yang serasi.
Sambil berkongsi foto sejurus selamat diijabkabul, bintang drama Diari Seorang Suami ini juga menitipkan ucapan buat semua yang hadir bagi meraikan hari bahagia mereka.
“Alhamdulillah jumpa yang sama sama cartoon dengan diri saya. Terima kasih buat semua yang hadir majlis saya yang serba serdahana.
“InsyaAllah sanding nanti memang saya invite semua kawan kawan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat pasangan raja sehari.
Terdahulu, mereka Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad.
Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.
Yuna menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Mereka menjalin hubungan cinta sejak pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September 2022.
Sementara itu, suaminya ada berkongsi beberapa hantaran sepanjang majlis berlangsung menerusi platfrom sama.
Pelakon Aprena Manrose dikenali sebagai seorang pelakon hebat yang sentiasa menghiasi kaca televisyen.
Namun,dalam diam, rupa-rupanya Aprena ini juga berkebolehan dalambidang nyanyian.
Mana tidaknya, bakat nyanyian diwarisi dari ayahnya yang juga merupakan penyanyi dangdut yang popular sekitar tahun 90-an iaitu Iwan.
Menariknya,menerusi akaun Instagram bintang Suamiku Paling Sweet itu, dia ada berkongsi sepotong video yang melihatkan dia sedang duet dengan Bella Astillah menyanyikan lagu Semakin (Siti Sarah) bersempena dengan AJL malam ini.
Jurusolek terkenal dari utara, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabila Zulyadaini mendedahkan dirinya pernah diperlekehkan apabila ada sesetengah pihak menghina cara solekannya.
Bagaimanapun, dia tidak mudah melenting dengan kata-kata tersebut kerana percaya rezeki boleh datang dalam pelbagai cara.
Sehingga kini, jurusolek berkenaan sudah berjaya ‘buka mata’ ramai dan membuktikan dia juga boleh berjaya atas usaha, sekaligus mampu memiliki sebuah rumah mewah.
“Mcm² viral sy sini.. Sy diam sedikit pon xdk maki3 atau apa.. Sbb sy percaya rezeki kita Allah yg punya dia lah nk bg dialah nk tarik.
“Redha doa sabar banyak2..skrg sy cuba buktikan.. Sy pon nk berjya mcm org lain.. ..haih nk tuliss tkut pjnga sgt hehe. Smpai lani pom masih ada yg xsnng tgk kita.
“Alahaii… Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni… Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat.. Yg lain byk beli kami buat homestay… Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk.. Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut merancang untuk membina kolam renang di kediaman sama.
“Dapur kering, dapur basah besar bg kami…. Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.
“Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh.. Kami doakan hampaa dimurahkan rezeki berjya dunia akhirat.. Menjdi org yg baik untuk smua org.. Aminn,” tulisnya lagi.
Meskipun sudah mengundurkan diri daripada kumpulan wanita Dolla, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim memaklumkan Syasya Rizal masih mempunyai kontrak bersama syarikat tersebut.