Pelakon, Farah Nabilah dan suami selesai menganjurkan majlis cukur jambul anak pertama mereka, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober lalu.
Menerusi beberapa posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, pelakon berusia 28 tahun itu yang lengkap mengenakan persalinan putih berkongsi momen indah sepanjang majlis sekaligus mendedahkan wajah anaknya, pada Sabtu.
“Assalamualaikum everyone! Today me, mommy & daddy dah habis pantang! & Today is my cukur jambul day,” tulisnya pada ruangan komen.
Berkongsi kegembiraan, ruangan komen pada foto tersebut turut dihujani pelbagai komen netizen.
Rata-ratanya turut memanjat rasa syukur dan teruja melihat wajah comel Andre.
Imbas kembali, Farah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.