[GAMBAR] “Menyampah Tengok Double Chin, Muka Besar Pinggan,”- Anis Al-Idrus Akui Pernah Gemuk, Siap Dapat Caci Maki

Share

Pelakon, Anis Al- Idrus meluahkan rasa kecewanya apabila ada segelinitir yang memandang rendah dengan keadaan fizikal seseorang.

Katanya, beberapa bulan lalu, dia sendiri mengakui bahawa fizikalnya itu agak ‘mengembang’ beberapa bulan lalu.

“Few months back. Ai pon nyampah tengok dengan double chin bapak labuh, lengan awie, muka besar pinggan. Time ni orang hepi la dok pakat kutuk ai.

“ANIS GEMS LAH SEKARANG, LEPAS KAWEN MEMANG CANI EH, TEROKNYA LEPAS KAWEN, MAK AIII GEMOK CANI PON NAK SHOOTING, MALAP XDE JOB AH PASNI KALAU GEMOK CANI, MUKA MENGHABISKAN MAKEUP LAH BESAR CANI, dan segala caci maki yang lain…⠀

Well, ehhemmmmm,” tulisnya. 

Menerusi ruangan komen, pelakon drama Duda Terlajak Laris itu turut menerima kata-kata semangat dari netizen.

Anis bagaimanapun kini tampil dengan bentuk badan yang ideal dan langsing.

Untuk rekod, Anis bergelar isteri kepada Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai 2017, namun sehingga kini dia belum mendapat rezeki dikurniakan cahaya mata.

Foto : IG Anis Al-Idrus

Published by
Amynur Akmal