
Penyanyi muda, Ismail Izzani menjadi perhatian netizen sejak awal hari ini apabila foto bersama dengan aktres sensasi, Zarina Ann Joulie mulai tersebar.
Malah, aksi mereka yang menampakkan seperti selebriti lelaki itu sedang merangkul Zarina sepertinya berlaku di sebuah kelab malam, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen menerusi Twitter.
Difahamkan, sekeping gambar itu dimuat naik rakan artis, Fathia Latiff di Instagramnya yang meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi Zarina.
“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa tujuan Fathia meminta penyanyiberkenaan itu menghubungi pelakon tersebut.
Foto yang turut memaparkan penampilan Zarina yang berpakaian seksi hingga menampakkan bahagian belakang baju dalam yang pakai, selain tidak mengenakan tudung turut menjadi persoalan ramai.
Tidak berapa kemudian, Fathia dipercayai telah pun memadam gambar tersebut di Instagram miliknya. Malah penyanyi Luar Biasa itu juga telah pun menutup beberapa ruangan komen menerusi beberapa keping fotonya di Instagram.
Foto: Instagram Ismail Izzani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiket Konsert Serendah RM55! Line-Up Padu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page & Insomniacks

Selepas menerima sambutan luar biasa terhadap Konsert Destiny of Music yang kali pertama diadakan pada pada Jun lalu, syarikat B De Paris Project selaku penganjur utama bersama Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment sebagai penganjur bersama bakal membawakan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2.0.
Konsert istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 15 November depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selama dua jam.
Kembali lebih bertenaga dengan persembahan pentas yang pastinya memukau, Konsert Destiny of Music 2.0 bakal menampilkan empat band popular tanah air iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks.
Mengulas lanjut mengenai Konsert Destiny of Music 2.0, Ketua Pegawai Eksekutif, B De Paris Project, Burhan Ahmad yang juga penganjur konsert optimis terhadap penganjuran konsert kali ini.
“Kejayaan dan penerimaan positif yang diterima sewaktu penganjuran edisi yang pertama baru-baru ini telah mendorong kami untuk terus menganjurkan lebih banyak konsert-konsert sebegini.
“Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan B De Paris Project dalam industri hiburan tempatan, penganjuran ini juga mampu memartabatkan serta memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan menerusi platform yang ada.
“Sekaligus, ia mampu membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan. Kami juga amat berbesar hati di atas kesudian barisan artis ini yang sudi bekerjasama,” katanya.
Pihaknya juga menjajikan persembahan yang lebih baik selepas mengambil kira pengajuran konsert seumpamanya sebelum ini.
“Oleh kerana Konsert Destiny of Music 2.0 merupakan kesinambungan daripada konsert yang diadakan sebelum ini, kami sepasukan bekerja keras untuk membuat perancangan rapi.
“Ini bagi memastikan agar penganjuran kali ini jauh lebih baik daripada yang pernah dianjurkan.
“Kami juga berharap konsert ini bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligus membekaskan impak yang mendalam.
“Jadi, jangan tunggu lagi kerana kami menawarkan harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk semua golongan peminat termasuk pelajar, pihak korporat dan sebagainya.
“Dapatkan tiket segera dan datang beramai-ramai bersama sahabat handai dan seisi keluarga kerana para peminat bakal dijanjikan dengan pengalaman menonton maksimum,” katanya lagi.
Tiket Konsert Destiny of Music 2.0 serendah RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum) dan RM285 (VIP) sudah mula dijual sejak 10 Oktober lalu.
Layari laman web ticket2u untuk informasi lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Tudung 5 Tahun Lepas, Saya Bersedia Nak Lepaskan Semua,” – MasyaAllah…Berisi Betul Kisah Hijrah Neelofa

Pengumuman berhijab secara tiba-tiba lima tahun lalu menggegarkan industri hiburan, apatah lagi Neelofa sebelum itu cukup sinonim dengan seorang yang gemar berfesyen.
Biarpun terpaksa akur sekiranya hilang punca pendapatan kerana terikat dengan pelbagai tugas pengacaraan pada awalnya, namun dia nekad.
Ulas Lofa, persediaan mendalami ilmu Islam setahun sebelum itu menguatkan hati.
“Bila saya decide nak pakai tudung lima tahun lepas, saya sudah bersedia nak lepaskan semua. Andai kata pada masa itu mereka tak mahu terima untuk Meletop dan Nona. Saya okay, itu bukan rezeki.
“Tapi apa yang membuatkan saya kuat dengan pegangan adalah, saya dah bersedia dengan perjalanan rohani selama setahun sebelum itu.
“Masa saya berumur 24 atau 25 masa itu, saya merasakan pada umur ini saya sudah ada semua. Kereta, rumah, kawan, populariti, keluarga. Semua yang saya perlukan dalam hidup.
“Namun ada puzzle yang hilang untuk lengkapkan saya. Jadi saya terfikir, adalah ianya sesuatu daripada Islam? Saya hadiri kelas Quran, usrah dan saya rasa gembira,” ulasnya.
Kekal tenang dengan tohmahan netizen, malah gelaran hajah yang digalas menyebabkan dia sering menjadi sasaran. Namun tegas wanita berusia 30 tahun ini, segala kritikan tidak pernah mengubah siapa dirinya.
“Apa yang saya percaya, apabila berbalik kepada Islam, ianya adalah hubungan kita dengan Tuhan. Kalau awak faham benda itu, dan letak dalam otak, apa yang orang cakap, ia tidak akan mengubah atau menjentik awak.
“Awak alim bukan berdasarkan apa yang dipakai, namun ianya di dalam hati. Dan awak tak dapat lihat semua itu. Awak tak dapat lihat alim saya,” tuturnya.
View this post on InstagramA post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on
Satu perkongsian yang cukup baik sempena bulan mulia ini.
Foto : Instagram Lofa Videos
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makin Kuat Dia Berdoa, Makin Bertambah Rezeki,” – Tangguh Dulu Hasrat Beli PS5 & Iphone 12, Fizo Omar Ikhlas Hati Hadiahkan Ibu Skuter Elektronik

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mengakui dia ambil keputusan untuk tangguh impian untuk memiliki telefon pintar, Iphone 12 dan permain video terbaru, Playstation 5 kerana ingin menghadiahkan ibunya sebuah skuter elektronik.
Menurut Fizo, pemberian tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan ibunya lebih-lebih lagi ketika ingin pergi ke surau ataupun masjid.
“Hopefully perasaan Mama sama mcm apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.
“Hmmmm… Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawak pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iphone dan ps5, dengan kedai-kedai skali boleh beli.
“Ameen insyallah. P/s – mcm cik yam jer lebih happy dari Mama,” luahnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Fizo lagi, dia tidak kisah untuk menangguhkan hasratnya itu kerana percaya Allah tidak akan pernah menyekat rezeki sekiranya kita mendahulukan ibu bapa.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji selain turut mendoakan semoga bapa kepada seorang anak ini akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Dalam perkembangan lain, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu, Fizo meluahkan rasa terharu selepas saluran Youtube miliknya kini telah pun mencecah lebih 100 ribu jumlah pengikut.
Sumber: Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI