Nampaknya pengumuman 12 gadis yang terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2018/19 beberapa hari lalu hangat diperkatakan ramai. Ada yang suka dan sebaliknya.
Menariknya, pengarah Michael Ang turut memberikan reaksi terhadap para peserta terpilih, termasuk top 20 sebelum ini.
Katanya menerusi Instagram lengkap bersama foto para finalis, pengarah berkenaan memberitahu dia memberikan komen sebagai orang yang tiada apa-apa kepentingan dalam industri.
Terdahulu, menerusi posting sebelumnya, Michael telah memuat naik video bertanya kepada netizen sama ada boleh atau tidak andai dirinya memberikan komen terhadap mereka.
“Ok ini ya comment Aku! Pada yg nak hentam lepas baca comment aku tak payah ya sebab Aku tahu Aku gemuk n buruk tapi Aku comment sebagai org biasa sebab Aku ada mata! Pertama sekali siapa yg ambik gambar ni n touch gambar ni harus di bunuh!
“Kesian girls ni ada punya cantik tapi di jadikan buruk Dan yg tak berapa cantik di tua kan sebelum waktu!” tulisnya.
Apa pun, jom ikuti apa komen yang diberikan Michael terhadap kesemua finalis.
Gambar 1 – my fav la Aku rasa cantik. Joblin patut masuk miss universe or world la sia sia aje masuk dewi! Areena ini akan jadi modal untuk org kesian n menangis.
Gambar 2 – my second fav dua dua ni stock akan jadi pelakon harap2 tak kayu n bimbo!
Gambar 3 – buang masa aje masuk, menang tak kan menang. Dah famous pun lagi baik buat job luar.
Gambar 4 – ini pun stock pelakon mcm @jannanick buat role perempuan tak berapa nak perempuan. Girl2 brutal gitewww! Cantik jugak
Gambar 5 wow ni kalau boleh berlakon mesti laku jadi perempuan jahat dlm beriman aka berselindung di sebalik kaabah! Mata dia mcm boleh bunuh org kalau kau buat salah dgn dia!
Gambar 6 – ok ini stock @aydajebat ciplak! Hmmm tak ke mana kot! Next pls
Gambar 7&8 Ini contestant untuk cukup syarat aje. Sorry to say stock stock extra berdialog
Gambar 9 – mak oiiii! Apo pipi tu mcm dah terover inject botox simen ni! Tak baik post gambar dia mcm ni. Gambar Instagram dia lagi cantik
Gambar 10 Tidak!!!!!!!!!! Ini Aku guranteeeeeee 100% di masukkan untuk org kecam n menyampah! Ini bukan dah tahap ciplak tapi tahap Clone @neelofa
Cuba jadi diri sendiri dik! Guranteeeeee100% tak kan menang tapi akan byk org mengata!“Heheheh sekian seperti di janji! Luv u all kiss kiss!,” tulis Michael lagi.
Lalu, perkongsiannya itu memberikan reaksi pelbagai daripada netizen. Ada yang kurang bersetuju malah ada yang menyifatkan apa yang diluahkan Michael sebenarnya adalah untuk memberikan semangat buat mereka.
Malah ada yang anggap ia merupakan suatu komen yang jujur darinya.
So what say you guys?