Semalam pastinya menjadi malam paling bermakna buat penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah serta para peminat atas sambutan ulang tahun ke-20 penglibatan penyanyi asal Sarawak itu dalam dunia seni tempatan.
Nyatanya sepanjang kerjaya jatuh bangun penyanyi ini dalam industri hingga berada dalam liganya sendiri kini, Dayang kekal menjadi antara penyanyi senior yang kekal relevan dan menjadi inspirasi kebanyakan pendatang baru.
Lalu, Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya menjadi saksi penghibur itu kekal punya aura dan personanya yang tersendiri.
Apa pun, jom ikuti beberapa trivia menarik sepanjang perjalanan konsert tersebut yang tiketnya sudah pun ‘sold out’ selang beberapa jam selepas ia dipromosi.
Sebagai intro Dayang memulakan persembahan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah sebelum ia disusuli dengan lagu Seandainya masih ada cinta. Terdahulu, Dayang turut bertima kasih buat komposer lagu tersebut, Ajai atas kepercayaan hingga membuatkan dirinya mulai dikenali secara meluas sejurus lagu tersebut dilancarkan.
Apabila ditanya peminat mengapa sudah lama tidak lakukan gerakan yang sinonim dipanggil sebagai ‘tarik gear’ pada awal kemunculannya dulu, Dayang sejujurnya memberitahu dia terpaksa berlatih lama bagi mengelakkan dari terus melakukan tabit tersebut kerana ada yang tak suka. Jadi apabila ia sudah boleh dikikis dalam diri, Dayang meminta peminat supaya jangan tanya lagi, terus move on.
Menjadikan ‘Jampi’ sebagai lagu penanda aras yang menjadikan muziknya lebih segar dan berbeza daripada sebelumnnya, kemunculan rakan duet Hael Husaini nyata membuatkan audiens teruja.
Sepanjang konsert, Dayang tampil dengan empat persalinan dan tentunya semua dari Datuk Rizalman!
Selain peminat, konsert Dayang Dua Dekad turut dihadiri rakan artis yang turut sama tidak mahu lepas peluang untuk memberikan sokongan. Antaranya Misha Omar, Ziana Zain, Fauziah Latiff dan Neelofa.
Pada sidang media, Dayang turut berterima kasih atas semua yang hadir dan turut mengakui dia kian selesa berinteraksi dengan penonton kerana semuanya wajah yang pernah dilihat selain mahu ia dilakukan secara bersahaja.
Ditanya apa yang dilakukan sebelum konsert bermula, Dayang akui dia akan berdiam diri bagi memberi fokus.
Dua lagu terakhir yang dinyanyikan Dayang ialah Lelaki Teragung dan Dayang Sayang kamu.
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI