
Tular beberapa keping foto dan video yang dikatakan mirip kepada pelakon, Fathia Latif yang berambut pendek dan tidak berhijab.
Perkongsian berkenaan dikongsikan menerusi laman Instagram Makcik Puaka.
Menurut akaun berkenaan, individu menyerupai pelakon jelita itu dilihat di sebuah cafe di Shah Alam bersama teman-teman.
Individu tersebut turut menyampaikan sebuah lagu duet.
View this post on InstagramBetul kah ni Patiyalatip? Atau adik lelaki dia kot…Cek igstory @makcik_puaka
A post shared by makcik puaka™ (@makcik_puaka) on
Pada pada itu, ada netizen yang meninggalkan komen, menyatakan pelakon terbabit ada berkongsi di laman sosial akan kehadirannya di sebuah cafe di Shah Alam.
Bagaimanapun, dia tidak pula memuat naik sebarang foto dirinya.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fathia. Tak perlulah menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat ya.
Foto: Instagram Makcik Puaka & Fathia Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cinta Mengajar Kita Untuk Berdua. Bukan Untuk Mendua,” – Izzue Islam

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Izzue Islam ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Izzue telah memberi kata-kata nasihat bersama peminat.
Kongsi Izzue, tiada istilah mendua dalam hubungan percintaan.
“CINTA mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua.
“Goodnight kepada semua Sang Pencinta,” tulisnya.
View this post on InstagramCINTA mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua. Goodnight kepada semua Sang Pencinta 💖
A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on
Lantas, perkongsian bintang drama Patahnya Sebelah Sayap itu telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh Izzue.
Terdahulu, Izzue dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Video : Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish & Sophia Albarakbah Jadi Wajah Rasmi. Semuanya ‘Gred A’!

Isi Kandungan
ToggleJenama gaya hidup Amber di bawah Usanita Sdn Bhd, melantik enam selebriti ‘gred A’, iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah, sebagai wajah rasmi bagi jenama tersebut.
Langkah strategik ini dijangka membawa Amber ke tahap baharu, menjadikannya jenama utama dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd iaitu Datuk Adzliana Hasan, berkata, pelantikan ini bukan sekadar mencerminkan kejayaan para selebriti dalam bidang masing-masing, tetapi juga menunjukkan kepercayaan jenama itu terhadap nilai dan pengaruh yang dibawa kenam mereka.
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Selain koleksi sedia pakai (RTW), ia juga menawarkan perkhidmatan Amber Bespoke kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pakaian tempahan khas (custom-made).
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut cita rasa dan keperluan mereka, memberikan sentuhan peribadi yang unik kepada setiap busana.
Sebab 6 Selebriti Ini Dipilih
“Kehadiran enam selebriti ini sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden.
“Pada masa sama kami memahami bahawa setiap individu adalah unik, dan Amber Bespoke direka untuk memenuhi kehendak dan gaya peribadi pelanggan kami.
“Dengan perkhidmatan ini, kami memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman premium yang benar-benar eksklusif,” katanya.
Tiga Sub Jenama Diumumkan
Sempena pelancaran ini, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama iaitu Amber RTW, Amber Beauty dan Amber Home.
Dalam pada itu, kolaborasi jenama tersebut dengan barisan selebriti terpilih mencerminkan usaha jenama ini untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan.
“Kami ingin memastikan Amber dapat diakses oleh semua golongan, tanpa mengira usia atau latar belakang.
“Dengan tawaran harga yang kompetitif, pelanggan boleh menikmati produk berkualiti premium yang sesuai untuk gaya hidup mereka,” katanya.
Justeru, pelancaran butik flagship dan perkhidmatan Amber Bespoke adalah sebahagian daripada komitmen Amber untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan peribadi.
Dengan langkah ini, diharapkan agar ia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup premium di Malaysia dan bersedia untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Menyesal Atas Stage Hari Tu,” – Menuju Hari Bahagia, Kamal Adli Terpegun Lihat Uqasha Senrose Sarung Gaun Pengantin

Pelakon Uqasha ada memuat naik beberapa keping fotonya mengenakan persalinan gaun pengantin rekaan pereka terkenal, Shanell Harun bersempena dengan pemilihannya sebagai ‘muse’ koleksi perkahwinan terkini pereka itu tahun ini.
Lalu, bintang drama Perempuan Tanpa Dosa yang dilihat anggun mengenakan persalinan putih lengkap dengan aksesori barangan kemas nyata menyerlahkan aura seri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Uqasha yang sedia maklum sebelum ini telah dilamar secara ‘live’ di Anugerah Meletop yang lalu.
Turut mencuri tumpuan, ialah komen dari kekasih hatinya, Kamal Adli yang turut terpegun dengan kejelitaan kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose itu.
Tulisnya dalam nada seloroh, dia tak menyesal melamar Uqasha tempoh hari.
“Maigad… tak menyesal atas stage hari tu. Mine,” tulis Kamal beserta emoji.
Uqasha dilihat tulis memberikan respon terhadap komen yang ditinggalkan Kamal.
Terdahulu, menerusi MH sebelum ini, koleksi kapsul pengantin Gabrielle 2021 ilham Shanell itu dilihat tepat bersama Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.
“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.
“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka,” katanya.
Foto: Instagram Uqasha Senrose, Kamal Adli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI