Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta, Nubhan Ahmad telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan berendoi anak keduanya, Ahmad Aaffan.
Malah penyanyi ini turut memuat naik momen sekitar majlis menerusi Instagram miliknya.
Lengkap sedondon sekeluarga menerusi persalinan biru gelap, turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga, rakan terdekat dan media.
Pelaminan buat si comel yang serba ringkas dan unik turut menjadi perhatian. Ini dia antara foto sekitar yang dikongsi Nubhan.
Serentak dengan itu, para peminat turut mendoakan agar Aaffan menjadi anak yang soleh dan baik pekertinya.
Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Nubhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI