Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta, Nubhan Ahmad telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan berendoi anak keduanya, Ahmad Aaffan.

Malah penyanyi ini turut memuat naik momen sekitar majlis menerusi Instagram miliknya.

Lengkap sedondon sekeluarga menerusi persalinan biru gelap, turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Pelaminan buat si comel yang serba ringkas dan unik turut menjadi perhatian. Ini dia antara foto sekitar yang dikongsi Nubhan.

IKLAN

IKLAN

Serentak dengan itu, para peminat turut mendoakan agar Aaffan menjadi anak yang soleh dan baik pekertinya.

[GAMBAR] “Moga Jadi Anak Soleh,” – Pakai Sedondon Biru Nubhan Anjur Majlis Aqiqah & Berendoi Anak Kedua [GAMBAR] “Moga Jadi Anak Soleh,” – Pakai Sedondon Biru Nubhan Anjur Majlis Aqiqah & Berendoi Anak Kedua

Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

IKLAN

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Nubhan

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI