![FD2100DC-1873-4DA0-A1B8-7A08AF19A007](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/FD2100DC-1873-4DA0-A1B8-7A08AF19A007-696x689.jpeg)
Penyanyi Anuar Zain kini baru sahaja mempunyai akaun media sosial Instagram.
Menggunakan akaun dengan nama @anuarzain70, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini telah menubuhkan laman Instagram Rabu lalu jam 7 petang.
Gambar pertama yang dimuat naik adik kepada Ziana Zain itu adalah gambar ‘throwback’ ketika zaman kanak-kanaknya.
“15th February 1990. Eh! 15th February 1970 bersamaan 8 Zulhijjah 1389 Hijrah..
Comelnya. Anak siapalah ni. Finally my first post! Hi everyone!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, perkongsian kariernya dikongsikan melalui Instagram @anuarzainnetwork.
Untuk rekod, Anuar kini mempunyai lebih 5,000 pengikut di laman sosial peribadinya itu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI