
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sekeping foto di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut melihatkan Aliff menggayakan seluar jeans koyak sehingga menampakan bahagian pehanya.
View this post on Instagramcer teka saya di negara mana??
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Susulan itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida telah memberi komen terhadap fesyen yang digayakan Aliff itu.
“Seluar tu kenapa gitu? Nak tunjuk siapa peha tu??,” balas Shahida.
Lantas Aliff telah membalas komen tersebut.
“Aiyooo.. cikgu disiplin dah masuk,”balas Aliff mengeluh.
Dalam pada itu, netizen turut menasihati Aliff agar menjaga aurat dan berfikir dahulu sebelum berkongsi gambar di media sosial.
Foto : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Dengan Izin Allah…,” – Ibu Kian Pulih, Hairul Azreen Gembira Dalam Syukur

Pelakon, Hairul Azreen berkongsi berita gembira apabila memaklumkan ibunya, Habsah Desa kini sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Malah, status kesihatannya juga bertambah baik.
Lalu, pelakon filem Paskal ini turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang mengambil berat tentang kesihatan ibunya.
Selain itu, ada juga yang berkongsi tips untuk menangani penyakit strok.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan.
“Alhamdulilah Mak dah boleh keluar, btw thank you ramai yang doakan mak saya cepat sembuh Alhamdulilah dgn izin Allah selepas 5 hari mak saya sihat & boleh bawa keluar,
“thank you dm saya pasal urut , ubat2 dan supplement utk stroke saya sangat hargai.
“Love guys yang semua ambil berat pasal family saya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Sebelum ini, Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris memberitahu ibunya telah dimasukkan ke hospital akibat terkena serangan strok, pada Rabu.
Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Serah Pada Allah,” – Jay Iswazir & Bekas Isteri Pilih Jalan Damai, Ulas Isu Kembali Rujuk

Selepas menuntut permohonan maaf kerana didakwa menjadi mangsa fitnah, pelakon Jay Iswazir mendedahkan dia dan bekas isteri, Azzahra Ahmad kini memilih untuk berdamai.
Menurut Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, dia dan Azzahra enggan memanjangkan lagi isu ini dan mahu belajar daripada kesilapan.
“Kami memilih untuk berdamai. Perkara seperti ini tidak sepatutnya diketahui umum kerana ia hal peribadi. Kami memilih untuk mengenang dan melihat semula apa yang terbaik.
“Alhamdulillah, Azzahra bersetuju untuk berdamai denga saya. Kami memang tidak mahu membuat sebarang hebahan. Kami bukan nak menangkan mana-mana pihak.
“Akhirnya, kesedaran itu yang kami ambil. Saya dah bekas isteri berharap anda di luar sana dapat mendoakan yang terbaik.
“Saya percaya, setiap orang melakukan kesilapan. Kita boleh memilih untuk membalas atau jadikan ia sebagai pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal: Satu Malam Diperdajal yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jay Tetap Doakan Yang Terbaik Buat Isteri
Katanya lagi, meskipun dia dan bekas isteri sudah berpisah, namun mereka tetap mendoakan yang terbaik buat diri masing-masing.
“Dalam hubungan berumah tangga, apa yang saya belajar adalah mengenai fitrah lelaki dan wanita. Jika kita tidak faham, sebab itulah berlakunya salah faham.
“Ia turut melibatkan emosi dan rasa amarah. Amarah itu yang meletakkan kita dalam keadaan rugi. Saya kini rasa lebih tenang dan lega.
“Saya percaya bila kita minta maaf dan memaafkan orang, kita akan rasa ketenangan. Malah, kami juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat satu sama lain,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia dan bekas isteri bakal kembali rujuk, Jay menyifatkan hal tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.
“Soal bersama semula, saya tidak mahu fikirkan lagi kerana ia terlalu ke hadapan. Ketika ini, kami lebih selesa dalam proses berdamai dan tenang hati.
“Selebihnya saya serah kepada Allah,” akhirinya.
Sebelum ini, Azzahra telah mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Lantaran itu, Jay menerusi peguam telah mengeluarkan notis tuntutan dan mengarahkan Azzahra untuk membuat permohonan maaf.
Selepas menerima notis tuntutan, Azzahra memohon untuk menangguhkan permohonan maaf.
Lalu, Jay memberi masa tambahan selama 10 hari bermula 24 Disember lepas.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari ini.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tom GV9 ‘Kering’ Air Mata, Jumpa Balik Anak Sulung Selepas 9 Tahun; “Nak Privasi, Kena Jaga Hati…”

Penyanyi Tom menyifatkan kehidupannya kini sudah lengkap selepas berpeluang bertemu seterusnya dapat mengisi masa bersama anak sulungnya, Adam, yang terpisah sejak sekian lama.
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dia teruja kerana sudah pun beberapa kali bertemu dengan permata hati selepas kira-kira hampir 10 tahun tidak bersua.
“With anak-anak. Complete dah life Tom. Dapat balik anak sulung Tom. Ni gambar throwback masa pergi jumpa dia beberapa kali.
“Yang tanya nak gambar anak sulong Tom, maaf. Tom terpaksa jaga privacy dia. Tom tak nak orang jumpa dia tanya dia macam-macam. Lagi pun nama Tom bukannya baik sangat.
“So Tom tak nak dia terpalit sama. Dah la baru jumpa balik lepas sembilan tahun. Gambar ni je Tom dapat tunjuk memandangkan ramai bertanye ‘pergi jumpa anak yang terpisah tu ke’,” jelasnya.
Perkara itu dikongsikan bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
Bagai rezeki menjelang tahun baru, Tom turut akui dia sebolehnya mahu hubungan yang terjalin terjaga privasinya.
“Actually lama dah Tom pergi jumpa selepas GV dan banyak kali jumpa dah. Tak nak bagitahu sebab ada beberapa wartawan yang nak follow.
“Ikutkan Tom nak privacy. Nak kena jaga hati dan keadaan family sebelah sana. Mama love Adam, Adler dan Evans,” luahnya lagi.
Sementara itu menerusi perkongsian berbeza, Tom akui dia kini sedang meniti fasa bahagia susulan keberadaan anak-anak di sisi.
“Dah besar pun tetap my baby. Mama love Adam. Kering air mata dah dulu-dulu. Sekarang happy sangat dapat baby aku balik.
“Walaupun dia dah besar baru dapat, its okay tak apa. Mama tak nak hilang baby Adam lagi lepas ini,@ tulisnya.
Sekadar informasi, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan selain Adam, dia turuy dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI