Nampaknya sejak isu pengacara berkahwin dengan pasangan sejenis tersebar meluas di media sosial ramai pula yang mula membuat spekulasi siapakah pengacara tersebut.
#MHSpeku: Gambar Pengacara Bercinta Dengan Kaum Sejenis Tersebar?
Selain beberapa nama yang diteka, MH perasan tidak kurang juga yang mengaitkan nama pengacara Rafidah (3R) tentang isu ini.
Terbaru, MH ada terbaca gambar print screen yang dikongsikan oleh seorang netizen di mana dia beranikan diri bertanya kepada pengacara tersebut tentang isu ini.
Ini respon Rafidah tentang isu berkahwin dengan kaum sejenis seperti dakwaan sesetengah netizen.
“Adik jangan risau, akak relax je di samping kucing-kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia” jelasnya.
Malah, Rafidah turut memberitahu semua ini tidak masuk akal dan hanya fitnah sahaja.
Jika tidak percaya boleh selidik sendiri di pendaftaran perkahwinan atau pasportnya kerana semua tuduhan yang dilemparkan itu tidak wujud.
Malah, MH sempat menjengah ke akaun Rafidah dan apa yang kami dapati pengacara ini telah menukar infonya dengan ayat “Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang ???”
Spekulasi yang mengaitkan Rafida semakin kuat kerana gara-gara tersebarnya pula gambar ‘kononnya’ mereka telah berkahwin…
Walaupun tidak jelas apa yang dimaksudkan namun netizen mula yakin mereka berkahwin setelah melihat kedua-dua mereka posing seperti menunjuk cincin yang dipakai.
Tetapi apa yang pelik di sini, MH ada juga menjengah akaun ‘pasangan’ pengacara tersebut. Apa yang kami jumpa, akaun tersebut tidak lagi wujud di Instagram setelah kisah dan gambar mereka tersebar.
Hmmmm, pelik! Tetapi apa yang penting di sini, MH sendiri tidak mahu menuduh sesiapa terutamanya kepada beberapa individu yang dipetik nama.
Kerana bagi kami, jika tuan punya badan sudah menafikan maka tidaklah jawabnya. Mungkin semua ini timbul salah faham kerana kebetulan wajah individu terbabit sama atau seiras seperti nama-nama yang dipetik kan?