Pelakon Bella Dally antara selebriti berhijab yang sering mendapat perhatian ramai.
Sering berkongsi gambar di akaun Instagram, Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally tidak pernah kalah dalam mengayakan fesyen sebagai wanita berhijab.
Terbaru, Bella telah memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia sedang menikmati makan malam.
Namun, gambar tersebut telah menjadi tanda tanya netizen apabila gaya tudung yang dipakai Bella agak singkat sehingga menampakan ‘sesuatu’.
Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen yang mempertahankan Bella bahawa gambar tersebut adalah pakaian dalam (inner) yang seakan warna kulit.
Aduhai! Tajam sungguh mata netizen ni ya. Ramai pula yang ambil berat mengenai aurat Bella.
Apa-apa pun, sebelum muat naik gambar ke media sosial, cek dulu betul-betul ya, takut nanti timbul fitnah pula.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
AJL35: “Sharon Paul Berjaya Yakinkan Saya Untuk Sit Down And Finish This Song,” – Ernie Zakri Dedah Sebab Tulis Lagu Gundah, Serah Pada Rezeki
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi sedutan versi pertama lagu sulung ciptaannya bersama Sharon Paul, Gundah menerusi IG TV di Instagram miliknya pada Sabtu.
Sambil mendengar alunan merdu nyanyiannya, kapsyen yang ditulis Ernie juga turut mencuri perhatian.
Jelasnya, dia pertama kali menulis lagu ini sekitar tahun 2016 lalu, namun awalnya tidak berjaya menghabiskan lagu berkenaan kerana segan dan malu.
“My 1st ballad song that I wrote back in 2016-2017. Wanted to write my own story, but somehow I couldn’t do it, segan.
“@sharonpaul_msia berjaya yakinkan saya untuk sit down with her and finish this song. She asked me, kenapa sedih sangat, lagu ni pasal apa? Yang saya mampu bagi jawapan adalah dengan gelak je.Sebab malu nak cakap.
“But, I know many of us can relate to my story. Sebab sebilangan daripada kita mesti pernah merasa kehilangan yang takkan terganti.
“Sebab tu saya rasa perlu untuk saya ceritakan tentang kisah cinta mereka berdua ini, my lovely grandparents.
“Lagu ni untuk semua orang yang merasai cinta sebenar-benar dengan manusia yang dipinjamkan olehNya,” tulisnya.
Ernie mempertaruhkan Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), bersaing bersama 11 buah lagu terpilih lain.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar peminat terhibur dan percaya rezeki.
“Semoga esok semua terhibur. Saya nak nyanyi baik baik je. Selebihnya, rezeki daripada Allah SWT.
“Terima kasih untuk sambutan #GUNDAH . Lagu pertama saya, dan tidak akan jadi lagu terakhir. I’ll be back with more songs,” azamnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut meniupkan kata semangat buat Ernie dan mendoakan agar persembahannya di AJL35 dipermudahkan.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun didengari hampir 40,000 kali.
Foto: Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Peluang Dan Rezeki Hadir,” – Kian Bersinar Di Indonesia, Uyaina Arshad Tak Lupa Kerjaya Seni Di Negara Sendiri
Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
Kredit: Foto: Afiq Irsyad Dahari (ahmadafiqirsyad)
Busana: Navneet Goenka Barangan Kemas: Ceres
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Tertunggu Jumlah Kes Covid, Sekarang Hari-Hari Teruja Nak Tengok Kutipan Tiket Mat Kilau,” – Azhan Rani
Tsunami kebangkitan filem Melayu menerusi buah tangan terbaharu Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus diperkatakan sehingga kini.
Setakat lima hari tayangan, Mat Kilau sudah berjaya mengumpul sebanyak RM18 juta sekali gus mencipta sejarah filem paling laris terjual di Malaysia mengalahkan filem-filem blokbuster Hollywood.
Berasa ‘tidak keruan’ kerana masih belum berkesempatan menonton filem Mat Kilau, pelakon Azhan Rani ternyata berbangga dengan Syamsul serta seluruh tenaga kerja filem itu termasuk barisan pelakonnya.
Menerusi laman Instagramnya, Azhan mengakui dia sentiasa menantikan update mengenai jumlah kutipan tiket filem terbitan Studio Kembara itu dari hari ke sehari.
“Hati ini menggelintat nak ke panggung, tapi masih belum berkesempatan. Tapi sejak hari pertama filem Mat Kilau ini jadi fenomena, aku dah macam musim Covid dulu.
“Masa tu hari-hari tunggu angka kes dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)… tapi sekarang hari-hari teruja nak tengok jumlah kutipan tiket yang tak pernah tercipta dalam sejarah cinema Malaysia.
“Masa era pandemik haritu, aku cuma nampak zaman gelap cinema Malaysia. Panggung tanpa cerita baharu, ada pun orang dah tak yakin tengok.
“Statement ‘sorry saya memang tak tengok cerita Melayu’, warga seni diperlekehkan… Apa pun Allah juga sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Pelakon berusia 46 tahun itu juga mengucapkan tahniah di atas hasil usaha keras Syamsul serta barisan produksi dalam mengangkat martabat perfileman tempatan ke satu tahap yang cukup membanggakan.
“Tak terkata terharunya aku bila tengok keyakinan orang mula rancak kembali terhadap cinema kita.
“Yang pernah cakap tak minat filem melayu dulu tu pun habis berangkut sekampung datang ke panggung.
“Allahuakbar.. semoga filem Mat Kilau beri inspirasi dan semangat agar cinema kita akan rancak kembali dan lebih banyak karya-karya berkualiti dihasilkan,” tulisnya lagi.
Mat Kilau yang dibintangi Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan Asa’ri, Wan Hanafi Su dan Datuk Jalaludin Hassan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 23 Jun lalu.
Menelan kos produksi sebanyak RM8 juta, filem epik berskala besar itu mengisahkan perjuangan tokoh pahlawan Melayu, Mat Kilau serta rakan-rakannya dalam menentang penjajahan British di Pahang pada tahun 1892.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI