“Gambar Ni Apa? Waktu Umur 30 Tahun Saya Dapat,” – Isu Pangkat ‘Dato Sri’, Aliff Syukri Jawab Kekeliruan

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan kekeliruan mengenai pangkat ‘Dato Sri’  yang digunakannya.

Menurut Aliff, dia mendapat penganugerahan berkenaan ketika berusia 30 tahun lagi.

“Awak kata saya tak ada ‘Dato Sri’? Sampai hati awak. Awak ni apa awak ni… gambar ni apa? Waktu umur 30 tahun saya dapat Dato Sri. Ni saya tunjuk dalam sistem.

“Sebenanrnya siapa yang salah? Sistem ni menunjukkan saya ada ‘Dato Sri’. Sebenarnya tertinggal huruf ‘F’ jer.

“Tapi tak apalah, kita tak nak besar-besarkan cerita ini. Dari Sri ke Datuk ke bersyukurlah. Yang penting cukup makan, cukup minum,” katanya di dalam sepotong video yang dikongsikan di Instagram.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga akui rasa sedih mengenai kekeliruan yang berlaku.

Artikel Berkaitan;

“Cuba Bayangkan Itu Mak Ayah Kita,” – Aliff Syukri Nasihat Jangan Keji & Hina Melampau Kes Najib, Rosmah Mansor

“Takkanlah Nak Tunggu Saya Mati, Baru Semua Nak Hargainya?,” – Aliff Syukri Buat Sidang Media, Ulas Lagu Baby Sayang

Aliff Syukri Sumpah Tak Sangka Baby Sayang Trending Nombor 1 Kini, Sampai Nak Nangis Ucap Terima Kasih!

“Awak saya sedih. Apa patut saya buat? Siapa yang jaga sistem ni awak? Sampai hati kata saya sebenarya tak ada Dato Seri?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH