Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Puteri itu telah berkongsi foto ketika dia meluangkan masa bersama keluarganya di taman rekreasi air terjun.
Lalu, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat memuji keluarga Nora yang kelihatan sangat meriah dan happening
Bagaimanapun, salah seorang anaknya, Mohamed Neqayl Nedim (Ney Ney) difahamkan tidak berapa sihat.
Malah, perkara tersebut turut dikongsi Nora menerusi salah satu entrinya.
“Baby is not well, poor booboo,” tulisnya.
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish