Memilih untuk tidak mengulas lanjut susulan tular video kemesraannya bersama pempengaruh dan pelakon Wak Doyok, penerbit Datuk A Aida menyerahkan urusan jodoh di tangan Tuhan.
Bagaimanapun, A Aida, 52, tidak menafikan dia rapat dengan personaliti fesyen itu sejak 2016 lagi.
“Kami sudah lama kenal. Wak Doyok adalah ‘best friend forever’ dan sangat penyayang.
“Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tidak mahu komen lanjut, tetapi meminta doakanlah. Sekiranya ada jodoh, adalah…,” katanya, lapor BH Online.
A Aida menambah, sifat Wak Doyok yang mengambil berat, kelakar dan bergaya membuatkannya tertarik kepada jejaka berkenaan.
“Dia seorang yang ‘loving’, mengambil berat dan bergaya. Saya sukakan lelaki bergaya kerana saya juga suka bergaya dan menjaga penampilan diri,” kata penerbit filem Ratu Kala Jengking itu lagi.
Mengulas kenyataan dikeluarkan ibu Wak Doyok yang keberatan menerima menantu berstatus ‘janda’, A Aida mengakui, dia sedar mengenai perkara itu.
“Saya tahu mengenainya, sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, adalah jodoh kami.
“Namun, setakat ini, saya masih belum bertemu dengan ibunya lagi,” katanya.
Ditanya tidakkah serik berkahwin lagi, A Aida menjelaskan, tentunya dia serik untuk berkahwin selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga.
Namun, keinginan kembali hidup berpasangan kembali menerpa selepas tiga tahun hidup sendiri.
“Sebelum ini, saya pernah rasa serik mahu berkahwin lagi, tetapi terasa sunyi pula apabila tiga tahun hidup sendiri.
“Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja, tetapi saya juga tidak boleh lari daripada rasa sunyi dan memerlukan seorang lelaki untuk berkongsi suka duka.
“Cuma, anak-anak sudah berpesan agar mencari pasangan bekerjaya. Jadi, Wak Doyok memiliki kriteria yang saya inginkan,” katanya lagi.
Bukan memilih cuma sebaliknya, A Aida berkata, ia bagi menjaga rasa hormat pada pasangan apabila memiliki kemampuan sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila ditanya mengenai keadaan terkini ibunya, Bibi Zaleha, 74 yang setelah diserang penyakit ‘minor stroke’ sekitar dua tahun lalu.
Maklum Fikry, buat masa ini dia ulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi memberi sepenuh perhatian menjaga ibu tersayang.
“Buat masa ni, memang sukar untuk saya terima tawaran tempoh masa komitmen yang panjang sebab saya sekarang tengah menjaga ibu saya.
“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk jaga mak saya yang sedang sakit “minor stroke’.
“Jadi sebab itu sekarang saya dah kurang main media sosial dan lebih banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya,” katanya.
Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menambah, situasi yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar bahawa duit tidak boleh memberikan kebahagiaan.
Tambahan pula, ibunya kini turut berdepan dengan masalah ingatan akibat daripada penyakit yang dialaminya itu.
“Sekarang saya percaya yang duit tidak boleh beri kebahagiaan dan jika satu hari nanti dia sudah tiada duit yang saya kerja tu sia-sia lah.
“Apabila dia sakit, dia sering mengimbau balik ke memori zaman dia muda, jadi ingatan dia sudah tidak lagi seperti dahulu.
“Sewaktu pertama kali dia kena “minor stroke’, ada satu masa tu dia pernah lupa nama saya. Sepanjang saya hidup, mak saya tak pernah lupa nama saya.
“Oleh sebab itu, saya sebolehnya tak nak benda itu terjadi lagi dah. Selagi dia hidup, saya nak jaga dan tak nak menyesal suatu hari nanti.
“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” luahnya lagi.
Sebelum ini, Fikry memaklumkan mengenai keadaan ibunya yang diserang penyakit ‘minor stroke’, sekitar Mac tahun lalu.
Ekoran situasi yang berlaku, pelakon berusia 28 tahun ini terpaksa menunda segala komitmen kerja di ibu kota bagi memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Fikry berkongsi hal tersebut ketika ditemui sejurus Sidang Media Pencarian Dewi Remaja 2022 di Z Botanica by Nicsmann, One Utama.
Menerusi sidang media tersebut, Fikry sebagai hos tetap program berkenaan.
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad mengakui kebanyakan orang mentertawakan keputusannya untuk menyambung pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mengimbas kenangan, Sherry memberitahu ada bertanya perlukah untuk jadi pelakon mengikuti pengajian sehingga tiga tahun dan dianggap membuang masa.
“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan. Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil diploma teater.
“Kebanyakkannya akan gelak dan kata “nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? Buang masa je” mereka gelak. Tapi aku tak pernah pun marah atau berdendam dengan mereka,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Sherry bagaimanapun tidak melenting kerana menyifatkan pandangan setiap orang berlainan.
Cuma, selama tempoh pengajian, dia belajar untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Pendapat orang memang akan berbeza beza. Selama 3 tahun aku menuntut ilmu di situ,aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi MANUSIA.
“Aku belajar untuk memahami maksud tersirat dan tersurat, belajar untuk menjadi orang yang mempunyai empati, belajar untuk menghormati orang lain, memberi dan menerima dan banyak lagi. Sedar diri, sedar masa, sedar ruang. Teater itu sendiri memanusiakan manusia,” katanya lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Fasha Sandha memilih untuk tidak memberikan reaksi secara terperinci mengenai penampilannya yang kini ayu mengenakan tudung.
Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha...