
Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan kini sah bergelar tunangan kepada lelaki pilihannya, Harez Hazim Hazrin, semalam.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu diadakan di kediaman pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapatnya.
Memetik BH Online, Adriana dan pasangan memilih tarikh 31 Ogos tahun hadapan untuk disatukan sebagai suami isteri.
Apa-apapun, jom kita lihat foto-foto majlis pertunangannya!
Foto/Instagram: Adriana Adnan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Ini Senarai Iklan Raya 2019 Yang Gempak Meletop, Kelakar Ada & Runtun Jiwa Pun Ada…Meleleh Air Mata

Tidak akan lengkap sambutan aidilfitri kalau tanpa adanya iklan raya yang memberi seribu satu mesej dan pengajaran, betul tak?
Setiap tahun kita akan dipertontonkan dengan iklan raya yang menarik dan menyentuh hati penonton.
Ada juga iklan yang berunsur kelakar hingga buatkan kita tak kering gusi.
Jom kita tengok senarai iklan raya tahun 2019 yang telah menyentuh hati penonton.
1.Iklan Petronas
2.Iklan TNB
3.Iklan AinaaRaya
4.Iklan Astro
5.Iklan Watsons
6. Ikan Raya Syafiq Kyle
Jadi mana satu iklan raya pilihan korang?
Sumber : Carian YouTube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Entahlah, Apa Untungnya Aku Nak Menipu,” – Netizen Tuduh Lamborghini Hanya Sewa, Terbaik Respon Aeril Zafrel

Susulan kenyataan pelakon Aeril Zafrel yang mahu menjual kenderaan mewah, Lamborghini Aventador miliknya, terdapat dakwaan daripada seorang netizen mengatakan kereta tersebut hanya merupakan sewaaan semata-mata demi ‘content’ media sosial.
Menerusi laman Instagramnya, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, berkongsikan mesej (DM) yang diterima daripada seorang individu yang mendakwanya menipu tentang status sebenar kenderaan mewah berharga RM2.27 juta itu.
“Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal itu, itu menipu namanya.
“Bagi tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, InsyaAllah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.
“Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu demi content?” tulis individu berkenaan.
Aeril kemudiannya hanya membalas ringkas menerusi kapsyen dalam posting tersebut: “Entahlah, apa untungnya aku nak menipu.”
Bapa kepada empat cahaya mata itu merancang untuk menjual kenderaan berwarna kuning tersebut selepas sebulan dihadiahkan oleh isterinya, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.
Menurut Aeril, dia hanya mahu merasai pengalaman memandu Lamborghini Aventador dan setakat ini berpuas hati apabila sudah dapat melalui momen tersebut.
Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, pada 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri yang kini berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Cantik.No Wonder Anak Bak Bidadari”- Netizen Puji Kecantikan Ibu Amyra Rosli

Terbaru pelakon Amyra Rosli atau dikenali sebagai Amyra telah memuat naik sekeping gambar ibu dan ayahnya bersama anaknya, Anaqi di akaun Instagram miliknya.
“Mereka yg membesarkanku dgn penuh kasih syg yang tidak pernah minta balasan.. Tanpa restu dan doa mereka, aku tidak akan bertahan seperti hari ini.” tulisnya.
Lantas, netizen memuji kecantikan ibu Amyra yang kelihatan jelita dan muda.
“mak nya cantik..no wonder anak nya bak bidadari” tulisnya.
Rata-rata netizen yang lain juga bersetuju dan memuji kecantikan ibu Amyra.
Kalau dah mak nya cantik, mestilah anaknya pun cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke kuah. Tak gitu?
Apa-apa pun MH mendoakan yang baik baik buat Amyra dan keluarga.
Foto : Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI