Selain Manisha Koirala dan Madhuri Dixit, nama Karisma Kapoor juga menjadi antara Ratu Bollywood yang diminati sebahagian besar filem Hindi di negara ini.
Meski sudah melewati usia 40-an, namun kakak kepada pelakon Kareena Kapoor ini kelihatan masih kekal menawan, penuh aura persona. Saling tak tumpah pada era kegemilangannya dulu.
“Love urself at every age #nofilter,” tulisnya ringkas di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya sekitar Jun lalu.
Siapa yang boleh lupa dengan deretan filemnya yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia seperti Dil To Pagal Hai, Raja Hindustani, Hum Sath-Sath Hai dan macam-macam lagi kan?
IKLAN
Jadi, jom tatap wajah terkininya yang tetap cantik tak dimakan usia!
Tahun lalu, bintang senior ini pernah melakukan kemunculan istimewa menerusi filem Zero lakonan rakan baiknya, Shah Rukh Khan. Turut sama beraksi di dalam filem berkenaan ialah Anushka Sharma dan Katria Kaif.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ezad Lazim terpaksa dikejarkan ke klinik berhampiran selepas mengalami bengkak di bibirnya tidak surut selepas beberapa hari.
Menjawab persoalan dan seloroh netizen yang mengusik perubahan di bibir vokalis kumpulan Exists itu, jelas Zeana di laman Instagram miliknya, dia bukan punca kepada bibir ‘sexy’ itu terjadi, sebaliknya kerana alergik.
“Gara gara bibir seksi #ezadlazim kena jg cari klinik mlm2 ni,” kongsinya.
Menjengah ke laman Instagram milik Ezad, netizen ada memberi komen seloroh, mengatakan bibirnya seolah-olah bengkak gara-gara melakukan suntikan botox.
Foto : Instagram Zeana Ramli & Ezad Lazim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...