Mengimbau kembali detik melahirkan Mohd Arif Zikri pada 13 Mei tahun lalu, penyanyi dan usahawan Mila Jirin ada berkongsi pengalaman berharga di laman Instagramnya.
Tulisnya, ia merupakan satu pengalaman cukup melucukan apabila si suami terus bertanya sama ada anggota badan si comel sempurna atau tidak.
“ALHAMDULILLAH……
“Gambar paling MAHAL….few minute selepas melahirkan mu wahai anakku @arifzikri17 ….Waktu ni Mommy dalam operation room lagi…Arif jumpa Daddy @isz_mustapha for the 1st time….Daddy cakap waktu ni daddy rasa bersyukur sangat…Arif selamat, mommy selamat
.“Daddy punya lah excited sampaikam pertama kali jumpa arif daddy tanya nurse yang bawa arif tu “tangan cukup?? Kaki cukup???” ? Daddy pun tak tau kenapa tanya macam tu…excited sangat la tu.”
Tambahnya lagi, dia tidak mampu mengingati setiap yang berlaku kerana di bawah pengaruh bius.
“Waktu daddy iqamat pada telinga arif…perasaan sebak menghampiri…bersyukur sudah punya seorang zuriat…. Mommy???
“Mommy masih dibawah kawalan bius, so mommy ingat ingat lupa apa yang jadi…yang mommy ingat, pertama kali Mommy jumpa arif mommy cakap “Alhamdulillah sambil cium pipi arif”..lepastu doctor cakap suara arif high pitch macam mommy ???….lepas tu mommy dah tak ingat heheheheh
“The BEST part tu Arif baru lahir pun dah pandai tengok kamera…hahaha mana nak tumpah kuah kalau tak kenasi…
“Nurkilan buat Arif bila dah besar nanti jika IG ni masih wujud, baca tau… betapa Mommy dan Daddy kasih kan Arif…Sayang Arif .
LOVE
Mommy Daddy.”
Mila berkahwin dengan pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, pada November 2015 dan melahirkan anaknya pada 13 Mei 2017.
Melahirkan anak merupakan satu pengalaman yang cukup indah dan tidak mungkin dapat dilupakan. Hargailah ibu anda.
Foto : Instagram Mila Jirin