Pelakon dan ushawan, Puteri Sarah Liyana ki bertambah bahagia dengan kehadiran anak keduanya, pada 16 Mac yang lalu.
Puteri comel yang diberi nama sebagai Sumayyah Mohd Shamsul itu turut menjadi penyeri buat dirinya bersama suami, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini.
Pada masa sama, adik perempuan kepada Syaikhul Islam Mohd Shamsul kini sudah pun mencecah usia lebih 3 bulan dan tidak dinafikan, raut wajahnya dikatakan lebih punya iras si bapa berbanding ibu.
Bagaimanapun, hujung bulan lalu, Sarah ada berkongsi foto yang membandingkan Sumayyah dan dirinya ketika masih kecil dan hakikatnya, keduanya memang nampak seiras!
Bagaimanapun pada masa sama, Sarah juga dilihat sering berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu buat tatapan peminat di media sosial.
Jadi apabila tatap gambar bayi comel ini, agaknya wajah Sumayyah lebih kepada ibu atau bapanya?
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah, 3 bulan.
Foto: Instgaram Puteri Sarah Liayana