Gambar tersebut melihatkan Jihan menyertai sebuah kumpulan tarian ketika di alam persekolahan.
Ads
“Pesta Senirama Negeri Selangor 1995-Itsy Bitsy. Ye memang dr kecil lagi gila pentas. Segala persembahan pertandingan semua nak masuk nak perform,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Susulan itu, netizen telah memberi komen yang pelbagai mengenai arus perubahan hidup Jihan sebelum dan selepas bergelar artis.
Foto : Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai Suria FM Shuib sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Watie Hanafiah, 35, pertengahan tahun ini.
Shuib, 39, bagaimanapun berkata, urusan berhubung perkara tersebut masih dalam perancangan dan berjanji akan berkongsi kepada ramai apabila tiba masa sesuai.
“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci akan kongsikan nanti,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Mengulas mengenai penerimaan Watie selepas mulai menerima perhatian netizen, Shuib memberitahu usahawanita itu perlu dibimbing olehnya.
“Saya selalu beritahu dia supaya jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti.
“Setakat ini semuanya baik dan saya ada beritahunya, tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib terharu apabila ibunya, Amy Salmi boleh menerima kehadiran Watie dengan baik, termasuk rapat dengan anak bongsunya, Ayash Affan.
“Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie.
“Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash sebab mama sedang mengerjakan umrah,” katanya.
Imbas kembali, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.
Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen yang cukup sinonim jenamanya di kalangan selebriti, Rizman Nordin telah pun memberikan dedikasi teristimewa buat isteri, Nurida Suraya bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik menerusi IG TV di Instagram, Rizman ada memuat naik satu video romantis yang merakamkan fasa perkahwinan mereka sehinggalah dikurniakan zuriat sulung.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas di ruangan kapsyen pada video berdurasi hampir empat minit itu.
Sementara itu, Nurida juga telah naik sekeping foto ketika hari pernikahan mereka menerusi platform sama.