Penyanyi, Dia Fadila berkongsi foto kejayaanya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Univerisiti Malaya ke-58 di Dewan Tunku Canselor, semalam.
Dia juga sempat memberikan ucapan penghargaan kepada mereka-mereka yang banyak membantunya selama dia menyambung pengajiannya selama ini.
“Alhamdulillah penantian selama 4 tahun akhirnye berakhir. Masih segar dlm ingatan susah payah yg terpaksa Dia harungi tuk menggengam Master ni.
“Terpaksa cuti berpantang anak ke-2,menjaga menyusu mengemas mengurus kan rumah tangga sendiri then cuti semester lagi tuk buat theater and coaching vocal hingga nyaris buat kan Dia nk stop doing my master.
“Segala writing and reading I had to do after midnight sehingga subuh then sambung tugas as a mother n wife di siang hari.
“But alhamdulilah Dia ade husband and my mom yg byk tolong jaga kan Anak2 bila kena gi library etc. Tq budi baik kalian hanya Allah yg mampu balas.
“Tq jugak to my advisor Dr.Nasir yg byk bg sokongan n push me to the limit yg Dia sendiri x sangka I cn do it. To my pet bro, Fairuz yg sentiasa bg nasihat n sokongan juga.
“Insyallah, next year nk sambung PhD pulak sb itu my golden dream mm… Doakan Dia dipermudahkan dlm segala urusan. Aminnnnn.
“P/s: byk lagi individu yg membantu, maafkn saya tk mention disini. U knw who u are.. Nanti kite kluar makan besarrr #masterinperformingartsmusic
“#um #umkonvo #istiadatkonvo58 #roadtophd,” tulisnya.
Wow, tahniah MH ucapkan buat Dia! Ternyata usaha dan penat-lelahnya selama ini berbaloi. Dalam pada itu, Dia juga kini sibuk dengan Gegar Vaganza Musim ke-5 serta memberikan saingan sengit buat para peserta lain.
Foto/Instagram: Dia Fadila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI