Mahu berehat dalam bidang lakonan sementara waktu, pelakon Ramona Zamzam kini sedang menikmati percutian di Istanbul bersama suami, Rami Alashkar dan anak, Ivanna Alashkar.
Ramona yang turut membintangi filem KL Special Force telah berkongsi gambar percutiannya itu di akaun Instagram.
https://www.instagram.com/p/Bmh_Zx7l3H5/?hl=en&taken-by=ramona_zamzam
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam telah berkahwin dengan Rami pada Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata comel yang kini berusia lapan bulan.
Wah! Suka tengok keluarga bahagia ini. Sama cantik, sama padan!
Foto : Instagram Ramona Zamzam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI