HomeBerita “Pernah Gemuk Cecah 110 Kilogram Sampai Kena Telanjang Dibuli, Kemudian Alami...
[GAMBAR] “Pernah Gemuk Cecah 110 Kilogram Sampai Kena Telanjang Dibuli, Kemudian Alami Pula Anorexia,” – Terinspirasi Bila Baca Kisah Remaja Sado, Akhtar Shamin Ini
Siapa sangka, ketika masih di bangku persekolahan lelaki bertubuh kekar ini rupa-rupanya pernah menghidap masalah kegemukan melampau. Katanya berat badannya pernah cecah sehingga ke 110 Kilogram.
Meski tidak pernah rasa rendah diri dengan tahap fizikalnya itu, namun pandangan sesetengah orang mungkin berbeza.
Dek masalah kegemukan yang dialami, atlit badan cantik remaja, Akhtar Shamin ini mengakui pernah alami fasa hitam dek situasi fizikalnya pada ketika itu.
“Minat saya terhadap sukan bina badan ini sejak enam tahun lalu. Cumanya saya mulai berani untuk masuk pertandingan badan cantik sejak tidak tahun lalu.
“Pencapaian tertinggi yang pernah saya cakap ialah apabila mendapat tempat sebagai juara keseluruhan untuk sebuah acara badan cantik antarabangsa di Singapura, tahun lalu. Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk main gim pun sebab pernah alami masalah berat badan.
“Dulu saya pernah gemuk cecah 110 kilogram sampai pernah kena ditelanjang sebab dibuli kawan. Kemudian saya hidap pula Anorexia. Jadi daripada situlah, bapa saya yang turut bergiat aktif dalam sukan sama mulai ajar dan latih saya di gim demi mendapatkan tubuh ideal,” katanya kepada MH.
Ads
Mengimbas kembali kisah lamanya, Shamin mendedahkan dia mengalami Anorexia kerana akibat tertekan dengan berat badan yang dialami.
“Masa gemuk dulu pun macam-macam gelaran yang saya dapat. Malah masa mengalami Anorexia, berat badan saya turun hingga 65 kilogram. Kurus memanglah kurus, tapi dalam cara yang tidak sihat.
“Keluarga mulai mendapatkan sesi kaunseling untuk saya dan sejak itulah saya mulai berjinak-jinak dalam badan cantik. Mahu azam ubah fizikal juga sebab tak tahan kena ‘bahan’. Alhamdulillah, kini semuanya berbaloi,” kongsi pemuda ini yang kini berkhidmat sebagai pelatih kecergasan ini lagi.
Ads
Terdahulu, Shamim ditemui sejurus mengungguli bagi badan cantik kategori Remaja di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, pada Ahad. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrasi Kassim.
Menerusi pertandingan tersebut sebanyak lima kategori telah dipertandingan iaitu Atas 170cm, Bawah 170, Junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr. Sexy yang dimenangi Syarul Mike Mahen.
Ditanya mengenai apakah rahsia kejayaan selain dari mengamalkan disiplin diet dan rutin gim yang ketat, pemuda ini mengakui ada ketikanya dia rasa putus asa.
Ads
“Putus asa kerana kita penat mental dan fizikal. Mujulah ibu bapa jadi penguat semangat untuk teruskan cita-cita. Bapa turut aktif dalam sukan ini sementara ibu pula bertindak sebagai juru aerobik. Jadi pendedahan dan sokongan mereka itu sentiasa dekat dengan saya, alhamdulillah,” akhiri Shamin.
Terdahulu, kejohanan tahunan itu turut diserikan dengan persembahan dari Syamel, Syafiq Farhain dan Anuar Zain. Tahniah buat kesemua pemenang dari MH!
Foto: Instagram Akhtar, Fitness Inspire
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video parodi yang melakonkan kembali gelagat penyanyi, Elly Mazlein yang diterjemahkan sebagai ‘Kak Lina Apom’ di MeleTOP baru-baru ini menjadi perhatian netizen.
Sekaligus, ia menjadi perbualan hangat di laman media sosial di kalangan peminat. Kak Lina Apom menerusi parodi berkenaan ditemuramah wartawan mengenai bakal suaminya.
Watak wartawan pula dilakonkan oleh pelawak dan hos, Jihan Muse.
Video parodi tersebut ditayangkan bersama penonton menerusi rancangan hiburan MeleTOP, Selasa lalu.
Pada masa yang sama, pelakon Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut diundang sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut bersama suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat terhibur apabila menonton video parodi tersebut.
Malah, netizen turut memuji lakonan Shiha yang sangat humor dan menghiburkan.
Alahai, memang kelakar habis gelagat Shiha dan Jihan dalam video parodi MeleTOP ni.
Video: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi sedutan versi pertama lagu sulung ciptaannya bersama Sharon Paul, Gundah menerusi IG TV di Instagram miliknya pada Sabtu.
Sambil mendengar alunan merdu nyanyiannya, kapsyen yang ditulis Ernie juga turut mencuri perhatian.
Jelasnya, dia pertama kali menulis lagu ini sekitar tahun 2016 lalu, namun awalnya tidak berjaya menghabiskan lagu berkenaan kerana segan dan malu.
“My 1st ballad song that I wrote back in 2016-2017. Wanted to write my own story, but somehow I couldn’t do it, segan.
“@sharonpaul_msia berjaya yakinkan saya untuk sit down with her and finish this song. She asked me, kenapa sedih sangat, lagu ni pasal apa? Yang saya mampu bagi jawapan adalah dengan gelak je.Sebab malu nak cakap.
“But, I know many of us can relate to my story. Sebab sebilangan daripada kita mesti pernah merasa kehilangan yang takkan terganti.
“Sebab tu saya rasa perlu untuk saya ceritakan tentang kisah cinta mereka berdua ini, my lovely grandparents.
“Lagu ni untuk semua orang yang merasai cinta sebenar-benar dengan manusia yang dipinjamkan olehNya,” tulisnya.
Ernie mempertaruhkan Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), bersaing bersama 11 buah lagu terpilih lain.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar peminat terhibur dan percaya rezeki.
“Semoga esok semua terhibur. Saya nak nyanyi baik baik je. Selebihnya, rezeki daripada Allah SWT.
“Terima kasih untuk sambutan #GUNDAH . Lagu pertama saya, dan tidak akan jadi lagu terakhir. I’ll be back with more songs,” azamnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut meniupkan kata semangat buat Ernie dan mendoakan agar persembahannya di AJL35 dipermudahkan.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun didengari hampir 40,000 kali.
Foto: Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!