Aktivis kemanusian, Mizz Nina dan Heliza Helmi antara selebriti wanita yang sering ‘turun padang’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan.
Bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh lokasi bergolak dunia.
Lalu baru-baru ini, Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman ada berkongsi foto bersama Heliza, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5.
“Our very first pic together my humanitarian sista @nurhelizahelmi ! InshaAllah kita jumpa lagiiiii,” tulis Nina ringkas.
Pelakon meningkat naik, Meerqeen tidak melabelkan dirinya sebagai seorang selebriti tanah air yang ‘mahal’ meski pernah berkerjasama dengan jenama fesyen antarabangsa seperti Dior, Coach dan Adidas dalam projek khas.
Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, finalis Hero Remaja 2020 ini berkata, dia sebolehnya tidak mahu menetapkan kadar bayaran terlalu mahal.
Jelas pelakon drama bersiri Angkara Cinta ini, apa yang diterima biarlah setimpal dan memadai dengan setiap perkerjaan yang dilakukan.
“Sejujurnya, saya tidak meletakkan harga yang terlalu mahal atau mahupun bersikap ‘demand’ terhadap soal kadar bayaran kepada saya.
“Pada saya, soal kadar bayaran bukan satu keutamaan kepada diri saya, apa yang saya mahu hanyalah bayaran yang setimpal kepada saya, soal bayaran ini cuma sekadar sebahagian daripada karier penggiat seni,” katanya.
Pemilik nama lengkap Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menambah, nilai kemahiran dan pengalaman dalam dunia lakonan menjadi fokusnya ketika ini, berbanding soal kadar bayaran.
Malah dia sendiri mahu lebih cari ilmu dalam seni sementelah baru diterima ramai.
“Pada saya kemahiran dan pengalaman itu adalah lebih penting berbanding mengenai kadar bayaran kepada seseorang pelakon sebab dengan pengalaman itu kita boleh mengasahkan bakat lakonan,” katanya lagi.
Merqeen berkata demikian pada sidang media pelancaran rancangan permainan terbaharu, Ceria Xtra #DudukRumah baru-baru ini.
Bintang ini menjadi antara 16 selebriti tanah air yang turut terlibat dalam rancangan permainan terbaharu kanak-kanak itu.
Program ini lakukan secara kerjasama Astro Ceria dan produksi Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’.
Selain Merqeen, selebriti lain yang terbabit dalam rancangan ini termasuk Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi dan Atu Zero.
Turut sama terlibat ialah artis versatil Zulin Aziz, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan bintang remaja, Aisar Khaled.
Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing.
Setiap Kapten akan disertai dengan tiga (3) orang pemain yang dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat.
Ceria Xtra #DudukRumah bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Go dan On Demand sejak 10 September lalu.
Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, perkhidmatan kedai gunting rambut setakat ini masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Jadi, pelakon dan penyanyi, Elyana mengambil inisiatif dengan menjadi bidan terjun dengan menggunting rambut suaminyac Khairul Anuar Husin.
“Potong rambut suami. Dia redha je terima kasih kerana mempercayai isteri mu.. @khairulhussin75,” tulisnya ringkas di Instagram sambil berkongsi hasilnya buat tatapan umum.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan kebolehan dan kehebatan yang ditonjolkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
“Ko menang kelas beb pas ni boleh jadi hairstylist kt ridzokumura salon hehheheh,” tulis seorang warganet.
“Kita cammm nk @elyanaofficial1 ape2 pun bagus bos redha je,” puji seorang peminat.
“Woww ade skill. Nak jugak la. Boleh incall ke outcall ni?,” tulis lagi seorang netizen.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Poster
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada Rabu ada berkongsi cerita tentang masalah tiada deria rasa yang dialaminya.
Menurut Puteri Sarah, 36, semua makanan yang dinikmati tak ubah rasa seperti meminum air suam.
Lalu bintang ini meluahkan rasa sedih bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan perkara tersebut sebagai satu nikmat yang ditarik oleh Yang Maha Esa.
“Jaga diri semua Covid – 19 is real guys !!! Salam Zohor, Sedihlah… bila makan takde rasa huhuhu. Nikmat Allah yang ditarik.
“Makan apa pun takde rasa, guna imaginasi sendiri tengah makan sup ekor padahal semua rasa macam air suam paling best, kalau ada bau busuk memang tak bau lansung,” tulisnya.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...