
Penyanyi senior, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Penyanyi Meniti Hari itu telah mengimbau kembali kenangan ketika hari pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sempena sambutan Maal Hijrah 1441, hari ni.
“Gambar hari pertama penghijrahan akak. Alhamdulillah!! Selamat menyambut Maal Hijrah semua.
“Semoga sentiasa melangkah ke arah kebaikkan. Aminnn. #amfcselamanya #maalhijrah,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang berusia 48 tahun itu mendapat pujian daripada peminat dan rata-ratanya turut mendoakan agar sentiasa kekal istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Bintang kelahiran Batu Gajah, Perak itu telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Julai 2015.
Foto : Instagram Amy Mastura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ditembak, Pelakon Thomas Jefferson Byrd Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

Aktor Thomas Jefferson Byrd dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas cedera ditembak berkali-kali, pagi Sabtu waktu tempatan.
Kematian tersebut telah disahkan jurucakap polis Atlanta, Anthony Grant.
Ketika ditemui, mendiang difahamkan tidak memberi tindak balas dan Byrd mengalami kecederaan di bahagian belakang akibat kesan tembakan.
Byrd meninggal dunia pada usia 70 tahun dan punca kematian bintang filem He Got Game masih dalam siasatan.
Selain aktif terlibat di dalam persembahan pentas, Byrd turut sinonim menerusi aksinya di dalam beberapa filem arahan Spike Lee.
Lee menerusi Instagram turut menzahirkan dedikasi terakhir buat rakan selebritinya itu.
View this post on InstagramA post shared by Spike Lee (@officialspikelee) on
Sumber: CNN
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Jahil Hal Agama, “Saya Tak Pernah Solat Lebih 20 Tahun…,” – Mimpi Bawa Jojo ONE Jadi Muslim Sejati

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas yang kini kerap terlibat dalam aktiviti keagamaan mengakui khilafnya sebagai seorang Muslim sebelum ini.
Jelas peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini, pada awal penglibatannya dalam seni, dia akui sering alpa dengan hal duniawi hingga membelakangkan soal agama.
“Dulu saya akui saya agak jahil mengenai agama, banyak benda yang saya tinggal dan hanya ingat soal dunia. Sehinggalah Allah turunkan hidayah saya belajar bahawa kalau nak kejarkan dunia, kita kena ada agama.
“Jadi bila saya berhijrah kira-kira dua tiga tahun lalu, saya cuba tingkatkan ilmu agama. Saya tidak pernah sembahyang… Tak pernah solat kira-kira 20 tahun lalu. Ketika kecil saya hanya Solat Jumaat sahaja.
“Bayangkan ketika itu, masjid di sebelah rumah pun saya tak nampak. Bila saya berhijrah, masyaAllah ada surau berdekatan dengan rumah. Bayangkan betapa gelapnya hati saya ketika itu,” katanya jujur kepada MH.
Bintang berusia 44 tahun ini juga menyifatkan keinginan untuk dirikan solat itu mulai timbul apabila terdetik di dalam hati apakah nikmatnya apabila mendirikan tiang agama itu.
“Jadi bila saya nak belajar, ketika itu saya terfikir apa rasanya bila orang solat. Orang kata bila solat itu lahirnya nikmat, saya mahu nikmati rasa itu. Pada awalnya saya nak belajar solat Subuh, saya belajar sendiri… Tengok Google dan saya berjaga dan tak tidur.
“Bermula dari Subuh saya ke masjid, kemudian dari situlah saya istiqamah selama dua minggu, tanpa henti dan tiba-tiba dia bagi saya hidayah untuk solat Isyak dan Marghrib di surau yang sama.
“Kemudian Allah bagi ilham lagi, rasa seronok dan saya belajar pula Asar dan Zuhur. Kalau dulu saya tidur sampai petang. Kali ini bila rasa nak belajar tu, saya cuba. Alang-alang saya cubalah sempurnakan lima waktu.
“Alhamdulillah pada masa dari situlah saya belajar solat sunat dan ada juga yang belajar ayat suci al-Quran,” katanya yang ada belajar agama dari pelajar Timur Tengah,” jelas Jojo yang turut menambah, mimpi yang dialaminya suatu ketika dahulu ibarat memberi signal buat dirinya.
Malah sehingga ke hari ini, ia kekal bermain-main di fikiran, yang sekali gus menggerakka hati untuk terus cuba menjadi Muslim yang lebih baik.
“Dulu saya pernah mimpi, tampil seorang individu yang wajahnya bercahaya dan dia beritahu namanya Muhammad. Saya tak berapa nampak akan raut wajahnya dan dia bawa satu ke sebuah perigi dan minta saya minum. Dia berikan saya bunga.
“Dalam pada itu, saya juga baca muqadam sehingga al-Quran, begitu lancar saya bacanya. Kemudian saya buka suatu pintu dan melihat langit yang luas, di sana saya nampak ramai lelaki yang berjubah putih dan mereka ajak saya solat.
“Kami ada rujuk ustaz dan katanya syaitan tidak akan menyerupai Nabi Muhammad,” katanya lagi.
Pada masa sama, Jojo kini turut sertai beberapa aktiviti dakwah bersama rakan artis lain bintang ini juga sebolehnya cuba terapkan dalam diri untuk tidak tinggalkan solat dan amal meski sibuk dalam hal duniawi selepas ini.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Semoga perkongsian darinya dapat dimanfaatkan semua, insyaAllah…
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersalahnya Saya Pada Kamu,” – Selepas 20 Tahun, Alyah Tidak Akan Lagi Rakam Lagu Cinta Lagi?

Penyanyi, Datin Alyah ada berkongsi satu khabar berita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Alyah atau nama penuhnya Hasliah Abu Hasan menzahirkan rasa kerana sentiasa merakamkan lagu berunsur cinta buat peminat, sepanjang bergelar penyanyi selama 20 tahun.
Jelasnya, kebanyakan lagu yang dirakam adalah berdasarkan kepada cinta sesama manusia semata.
“20 tahun saya berjalan sebagai seorng penyanyi,Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.
“Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yg saya bawa selama ini.Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt.
“Bukan kerana para Rasul Bukan kerana para ilmuan agama Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dlm mengejar popularity.
“Saya la yg berdosa saya juga amat naif dan saya lah yg bersalah,” luah Alyah.
Malah penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberikan pendirian mengenainya.
“Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih, yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada maha pencipta.
“Mohon maaf atas keputusan ini.Selamat berpuasa semua.
“Lagu terbaik yg pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya @ayuputeh lagu yg saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dlm kehidupan saya.
“Perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt bersama kita semua dan memberi redhonya.
“Sejauh mana kita mencari jawpan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya. Hakikat jiwaku,” tulisnya lagi.
https://www.instagram.com/tv/CACB3GMB1Qj/?igshid=oxnbaj2ym7m6
Video: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI