Penyanyi senior, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Penyanyi Meniti Hari itu telah mengimbau kembali kenangan ketika hari pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sempena sambutan Maal Hijrah 1441, hari ni.
“Gambar hari pertama penghijrahan akak. Alhamdulillah!! Selamat menyambut Maal Hijrah semua.
“Semoga sentiasa melangkah ke arah kebaikkan. Aminnn. #amfcselamanya #maalhijrah,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang berusia 48 tahun itu mendapat pujian daripada peminat dan rata-ratanya turut mendoakan agar sentiasa kekal istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Bintang kelahiran Batu Gajah, Perak itu telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Julai 2015.
Foto : Instagram Amy Mastura