Baru-baru ini, pasangan pelakon, Ezzaty Abdullah dan suaminya, pelakon Azwan Kombos telah pun menganjurkan majlis ulang tahun pertama buat anak mereka, Harum Dalia yang sudah genap berusia setahun.
Mengambil tema Taman Pelangi Unicorn, majlis meriah itu telah pun diadakan di De Laman, Shah Alam.
Harum dilahirkan pada 6 Disember tahun lalu. Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.
Memang meriah majlis ulang tahun kelahiran puteri sulung mereka, lengkap dengan kek replikas berupa istana yang menjadi perhatian ramai.
Selain ahli keluarga dan sahabat terdekat, majlis turut diberikan dengan rakan artis dan media.
Ini dia foto-foto sekitar majlis mereka yang di muat naik pasangan ini menerusi Instagram.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah