Pelakon Uqasha Senrose telah pun meraikan hari jadinya yang ke-27 tahun bersama ahli keluarga tersayang.

Mendapat pelbagai ucapan positif dari peminat tersayang, Uqasha turut dan ahli famili lainnya turut berkongsi foto sekitar sambutan.

Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sempat meluahkan rasa syukur dengan nikmat usia diberikan selain mengucapkan berterima kasih buat semua yang mengucapkan dedikasi hari lahir.

“Alhamdulillah I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you so much to everyone who took the time to wish me happy birthday, trust me each of you made my day more special.

“Family friends fans. My life is so blessed with some of the most amazing people. Thank you for being part of my journey,” tulisnya menerusi salah satu postingnya di Instagram

IKLAN

Malah Uqasha turut berkongsi foto bersama si ibu yang selama ini menjadi tulang belakang terhadap kerjaya dan kehidupannya.

IKLAN

Lalu serentak dengan sambutan berkenaan, ahli keluarga yang turut terdiri daripada selebriti tempatan turut berkongsi foto sekitar dan pada masa sama, ramai yang memuji akan kecantikan ahli keluarga besarnya.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, drama terkini lakonannya, Selepas Terlafaznya Akad rancak bersiaran menerusi Astro Ria menerusi slot Mega Drama. Ia merupakan sebuah drama dapatasi Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia.

Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah Kamal Adli, Zeera Azizi, Erwin Dawson dan ramai lagi.

Foto: Instagram selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI