[GAMBAR] Ramai Tak Tahu, ‘Juita’ Azar Azmi Pernah Jadi Finalis Dewi REMAJA, Sezaman Neelofa & Anzalna!

Share

Tidak dinafikan Pencarian Dewi Remaja edisi 2010/11 melahirkan paling ramai bintang yang kini melatari dunia hiburan tempatan.

Bermula dengan si juaranya iaitu Neelofa, edisi sama turut menyaksikan pesona para peserta lainnya dalam mencipta nama dalam dunia lakonan khususnya.

Sama ada cepat atau lambat, masing-masing mempunyai pesona dan peminat sendiri. Nyatanya, berkat usaha dan tuah, kini giliran Azar Azmi pula meraih perhatian peminat.

Populariti menerusi watak sensasi, Juita di dalam drama Nur 2 nyata memberi impak besar dalam kerjaya wanita berusia 28 tahun ini.

Katanya kepada MH, dia sebolehnya tidak mahu mengejar glamor semata. Sebaliknya ingin terus maju dalam seni atas tiket bakat.

“Saya percaya kepada rezeki, sama ada cepat atau lambat sahaja. Jujurnya saya memang sedari awal sudah pun terlibat dalam dunia lakonan. Bagaimanapun, saya akui nama saya agak perlahan dikenali.

“Tapi itu tidak mengapa sebab saya percaya, dengan bakat yang sedaya mungkin mahu berikan yang terbaik terhadap setiap apa watak yang dibawa.

“Ini punca rezeki saya jadi pasti saya mahu berikan yang terbaik.

“Bila ramai yang sudah buka mata pada kita, saya pasti glamor itu akan datang dengan sendirinya,” jelas pemilik nama lengkap Azar Ameerah Azmi ini lagi.

Foto: Carian Google, YouTube

Published by
Rafiq Mazlan