Selebriti Awal Ashaari sangat sinonim dengan imejnya yang sentiasa up-to-date dan urban.
Terbaru, Awal telah melakukan perubahan terhadap warna rambutnya apabila dia hadir di sebuah majlis Sabtu lalu.
Awal dalam pada itu telah memuat naik foto beserta kapsyen sinis.
“Sorry la kening dengan misai dan janggut I tetap melayu.” tulisnya.
“It took me two days, and 7 times bleaching to achieved this look.
Not even a single drop of hair dye was involved in the process. So it’s solat-able. Major love,” tulis Awal.
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang positif terhadap perubahan warna rambut Awal.
Namun, ada juga yang memberikan teguran kepada Awal yang dianggap tidak sesuai dengan status sebagai seorang suami dan bapa.
Terdahulu, Awal pernah dikaitkan dengaan isu ‘panas’ apabila dia menggayakan barangan jenama tiruan (kasut dan T-shirt) yang mempunyai banyak perbezaan dengan kualiti yang asli.
Foto : Instagram Awal Ashaari