
Baru sahaja semalam penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat persembahan untuk konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tidak kenal erti penat, hari ini Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telahpun mengadakan sebuah majlis untuk menyambut hari kelahiran anaknya yang bernama Siti Aafiyah.
Menariknya, Aafiyah kelihatan sangat ceria dan gembira ketika menyambut hari kelahirannya yang ke pertama di samping keluarga tersayang.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Jihan Muse, Amyra Rosli, Rozita Che Wan dan Fauziah Ghous.
Lantas, peminat telah mengucapkan selamat hari jadi kepada si comel Aafiyah dan turut mendoakan Aafiyah semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Wah! Meriah betul majlis hari Aafiyah! Seronok tengok Aafiyah yang teruja sambut hari kelahirannya yang pertama!
Siti Aafiyah telah dilahirkan pada tanggal 19 Mac tahun lalu.
Gambar : Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apakah Sudah Tiada Idea Kreatif Lain Sehingga…,” – Mengejutkan! Persembahan Darah Mencurah Keluar Aina Abdul Terima Kritikan

Persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) mendapat kecaman dan kritikan meski ramai yang memuji.
Persembahan penyanyi terbabit yang seolah-olah memberi gambaran bunuh diri mendapat perhatian Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) memuat naik kenyataan berkenaan perkara itu di Facebook, sebentar tadi.
Menerusi kenyataan tersebut, pihak Miasa berpendapat persembahan menerusi lagu hasil ciptaan sepenuhnya dari penyanyi terbabit membawa mesej yang kurang tepat kepada penonton mengenai luahan kekecewaan sehingga mengambil keputusan untuk melakukan tindakan yang dilarang.
“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini?
“Stesyen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
“Dalam persembahan tersebut, penyanyi tersebut yang berpakaian serba putih telah menikam dadanya sehinga darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir.
“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang salah kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada,” tulis status terbabit.
Aina yang berpakaian serba putih dilihat tiba-tiba bahagian dadanya seolah-olah darah keluar mengundang pelbagai reaksi netizen, menerusi persembahan secara langsung di AJL34 di Axita Arena, pada Ahad.
Dalam pada itu, pihak Miasa turut menegaskan persembahan tersebut melanggar garis panduan.
“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan ia boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat.
“Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF),” ujarnya.
Sebelum ini, Miasa pernah mengecam muzik video Sumpah nyanyian Aina Abdul yang didakwa boleh memberi gambaran buruk terhadap penghidap masalah mental iaitu skizofrenia.
Foto: Instagram Aina Abdul, Facebook MIASA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah

Pengarah dan penerbit tersohor, Jinggo mengakui berasa amat berbangga dengan pencapaian anak sulungnya, Uzair Haqimy yang kini sudah mampu mengambil alih tanggungjawab sebagai pengarah bagi syarikat produksinya, JS Pictures.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, perasaannya kini sememangnya berasa agak bercampur baur bila melihat anaknya kini sidah mampu untuk memeruskan legasi yang telah dibinanya selama ini.
“Hari tu Tok Sidang terasa sedih benor bila @luthmikhail20 sudah besor, sudah jadi Mr CEO @thedimsumplacekl, 20 tahun udoh berlalu.
“Hari ni pula teman terasa happy pon ada, terasa sedih pon ada bila @uzairhaqimy69 pula dah ambil alih kerusi pengarah @realjspictures Tok Sidang,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusli itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat dan berharap agar anak-anaknya itu dapat menggalas tugas-tugas lebih baik daripadanya.
“All the best Mr CEO and Mr DIRECTOR. Jangan jadi macam papa tapi jadi lebih baik dari papa. Bukan 20 tahun tapi rupanya sudah 25 tahun masa dah berlalu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga kedua-dua anak tersebut akan terus sukses pada masa akan datang.
“Dah tiba masanya Tok Sidang lepaskan mandat dekat anak-anak. Sudah tiba Tok Sidang dan Sheila Rusli berehat dan menikmati hidup bersama hingga akhir usia.
“Bertuah Tok Sidang. Lepas ni Tok duduk rumah jaga kucing ye.
“Alhamdulillah ada waris yang bagus. Rezeki Tok Sidang dan puan.
“Benih yang disemai dijaga dengan baik. Jadi hasilnya baik,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sebelum ini, Jinggo dan Sheila turut menzahirkan perasaan yang sama selepas anak bongsunya, Luth Mikail telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di restoran perusahaan milik keluarganya.
Sekadar informasi, Uzair Haqimy baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon yang juga merupakan adik kepada aktres, Fasha Sandha iaitu, Elisha Sandha pada tanggal 21 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Sumber: Instagram Jinggo & Uzair Haqimy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Pula Telah Disoal Dan Diperiksa Seluruh Badan. Kami Harus Turun Naik Kebajikan Masyarakat,” – DS Aliff Syukri

Tidak semua yang dipaparkan di Instagram menceritakan latar sebenar yang berlaku.
Menurut Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu ditemui pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini, Instagram adalah ruang untuk dia berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan, namun hanya secara dasar saja.
Namun, ia sering kali disalah anggap netizen dan pasti berakhir dengan kecaman dan kritikan seperti kes dakwaan mendera Qadeeja dan pilih kasih terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menyumbang kepada punca keguguran kandungan kembar isteri, Datin Seri Shahida Mac lalu.
Mengimbau kembali detik keguguran, Aliff menyatakan antara punca disebabkan dakwaan penderaan anak-anak.
“Waktu kandungan dua bulan, doktor mengatakan ada dua kantung dan degupan jantung. Jadi doktor menyarankan agar isteri berehat dan waktu itu saya belum umumkan kepada semua.
“Dan selepas itu, sekitar jam 11.00 malam, pihak polis datang dan mengatakan mereka akan menyelongkar rumah. Anak-anak saya pula telah disoal dan diperiksa seluruh badan. Kami harus turun naik kebajikan masyarakat.
“Isteri saya keguguran kerana tekanan perasaan. Tapi saya tak salahkan sesiapa. Saya ingin memohon maaf kepada semua.
“Cuma tidak adil kerana saya tidak memukul anak sebaliknya hanya memberi ubat. Tapi orang membesarkan cerita kerana saya Aliff Syukri,” ulasnya yang turut berdoa agar dikurniakan anak perempuan selepas ini.
Menurut Shahida, dia hanya menyedari sesuatu berlaku terhadap kandungan sewaktu ingin menunaikan solat Asar.
“Mula-mula kami tidak tahu kandungan kembar, sekiranya tidak, saya akan duduk berehat sahaja di rumah. Saya sedar keguguran selepas dua jam dan sewaktu ingin menunaikan solat Asar. Waktu itu darah mengalir dengan banyak. Lagipun tidak pernah ada pengalaman gugur sebelum ini.
“Pada permulaan, kami tidak ke hospital kerana pada tanggapan saya buat apa bergegas ke hospital sebab kandungan pun sudah gugur. Namun pembantu nasihatkan saya untuk membuat pemeriksaan.
“Dan di sana baru kami tahu saya hamil anak kembar. Bila doktor membuat pemeriksaan, doktor mengatakan satu kantung masih berdenyut manakala yang satu lagi tiada denyutan dan itu yang menyebabkan pendarahan. Hari kedua kami buat imbasan, hanya satu sahaja kantung yang tinggal,” tambahnya lagi.
Walaupun mendapat layanan yang baik daripada pihak terbabit, namun tekanan melanda kerana terlalu banyak prosedur yang harus dijalani.
“Memang diakui saya tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi mengenai Qadeeja.
“Tidak dinafikan kami mendapat layanan baik daripada pihak polis dan doktor, namun disebabkan tidak biasa dengan apa yang berlaku telah menyebabkan tekanan. Syukur tiada pendakwaan,” katanya yang sedang hamil lima bulan.
Pasangan ini turut mengulas isu dakwaan berat sebelah terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menutup ruangan Instagram.
“Memang kami sudah lali dengan kecaman namun kadang kala orang luar agak melampau. Ada juga yang mendakwa kami menumpang populariti Ameena. Apa sahaja yang berlaku kepada Ameena, kami akan dikecam sedangkan layanan yang sama kami diberikan kepada Yusof.
“Dan sejujurnya saya tidak mahu mengambil Ameena kerana dia tiada status warganegara, namun ibunya terus merayu. Netizen pula serba tidak kena, berbuat baik pun dikecam. Saya takut lama kelamaan perasaan saya pula tidak ikhlas dan disebabkan itu saya menutup Instagram Ameena.
“Kami masih berhubung dengan ibu kandung Ameena kerana tidak mahu memutuskan hubungan silaturahim,” akhiri Aliff sambil ditemani isteri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI