Awal tadi, pelakon Emma Maembong ada ditemubual menerusi FB Live Berita Harian bagi berkongsi dan memberi penjelasan mengenai keputusannya untuk membuka tudung.
Difahamkan, kakak kepada pelakon Chacha Maembong itu telah pun tidak mengenakan tudung sejak tiga hari lalu.
Ditanya mengenai apakah dia sudah membuat keputusan sedalam-dalamnya untuk tidak bertudung, Emma memberitahu dia sudah fikir semasak-masaknya.
“Saya sudah fikir masak-masak. Sebelum ni adalah yang cakap baik buruk. Jadi saya kena terima. Mungkin silap saya, benda yang viral jadi orang kecam. Meski saya pakai tudung pun orang kata saya munafik, mempermainkan agama dan macam-macam.
“Jadi macam yang saya beritahu, nak istiqomah tu susah jadi bila orang sudah cop satu kesalahan, kebaikan semua tertutup orang tak nampak.
“Jadi saya buat keputusan dan saya teruskanlah,” katanya menerusi FB live berkenaan.
Sementara itu, Emma turut menafikan keputusan mengejut yang dibuat adalah kerana tertekan dengan beberapa foto sensasinya yang tersebut baru-baru ini, Emma mengakui hasratnya untuk bertudung lebih lima tahun lalu bukan atas paksaan mana-mana pihak.
“Saya bertudung dulu tiada siapa yang paksa. Cuma kalau sesiapa yang sejak dulu mengikuti perkembangan saya, memang saya suka kenakan baju-T dan skarf kepala. Kadang-kadang pakai hodie. Jadi bila macam tu, orang mula komen kenapa tak tutup kepala dengan sempurna.
“Lalu saya pun pakai tudung. Bila sudah pakai orang mulai tak puas, cakap pakai baju salah itu salah, seluar salah itu tak betul. Orang kata kalau kita buat baik pun orang tetap kecam kita.
“Macam nilah kita manusia ni kadang-kadang bila berada dalam lowest point, lagi orang doakan yang buruk jadi kat kita, jadilah yang buruk. Begitu sebaliknya.
“Tapi kalau orang doakan yang baik, kalau semua orang jadi positif, bagi semangat kat saya insyaAllah saya akan teruskan. Tetapi saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak sebab apa yang saya buat ni keputusan sendiri. Cuma nak puaskan hati semua pihak memang susah,” antara petikan yang dikatakan Emma menerusi Live FB sebentar tadi.
Terkini, Emma baru sahaja memuat naik fotonya tanpa tudung bersama ahli keluarganya.
Foto tersebut sehingga kini sudah pun mendapat lebih 17,000 komen dan hampir 122,000 komen.
Foto: Instagram Emma Maembong, Fb live BH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI