Semalam, pelakon, Fasha Sandha selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya yang juga merupakan seorang pelakon, Aidil Aziz.
Susulan itu, pelakon drama Lara Aishah ini ada berkongsi foto-foto momen pertunangannya di laman Instagramnya, hari ini.
“18 Nov 2018. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang mendoakan segala kebaikan buat kami sekeluarga.
“Pertama kali merasai erti pertunangan, saya bersyukur kerana seluruh keluarga Aidil menerima saya dan keluarga dengan baik. Semoga ikatan ini berkekalan.
“Terima kasih buat keluarga Perlis dan keluarga Rembau, sahabat yang paling rapat,terima kasih buat my beautiful Bridesmaid, tenaga yang bertugas. Terima kasih Buat semua yang hadir. Maaf diatas kekurangan yang ada di majlis sederhana ini. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Pasangan itu kelihatan secocok memakai pakaian sedondon berwarna ungu lembut. Apa-apapun, mari kita lihat sekitar foto majlis pertunangan merpati dua sejoli ini.
Apa pun, memang tak sabar untuk menyaksikan pasangan selebriti ini disatukan sebagai pasangan suami isteri!
Foto/Instagram: Fasha Sandha