Aishah Azman telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Syafie Naswip pada 7 April lalu di Forest Valley Hall, Cheras.
Menerusi laman Instagram milik Syafie Naswip atau nama sebenarnya Mohamad Syafie Naswip, dia ada berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan mereka berlangsung.
Pasangan sama cantik sama padan ini dilihat menawan menerusi persalinan rona putih gading yang sedondon.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah berkenalan sejak tahun 2015.
Mereka mulai serius dalam menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun ini.
Di samping itu, perkongsian oleh Syafie turut mendapat perhatian daripada peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pelakon yang berusia 27 tahun itu.
Memang sama cantik dan sama padan apabila pasangan ini bersama. Secocok sangat bukan?
Foto : Instagram Syafie Naswip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seronoknya Kalau Saya Boleh Jadi Perdana Menteri. Tapi….,” – Datuk Aliff Syukri
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Aliff membayangkan betapa indah andai dirinya boleh menjadi Perdana Menteri.
“Bestnya kalau sy boleh jadi perdana menteri tapi ada yang nak undi sy tak,” tanya penyanyi Bobo Di Mana ini.
Lantas, perkongsian penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menjadi perhatian netizen.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap perkongsian usahawan berusia 32 tahun itu.
Tidak salah untuk pasang impian, yang penting sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Tak gitu?
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fattah Amin Ajak Pelajar Bakal SPM Sertai Sesi Percubaan Secara Percuma, Terhad Kepada 1,000 Terawal Saja!
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.
Sesi percubaan ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.
Fattah Amin, yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.
“Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.
“Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab mak ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?
“PTTI ada program khas selama tiga bulan yang ‘cover’ semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.
“Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online.
“Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1000 orang sahaja,” katanya.
PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.
“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
“Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI,” katanya.
Pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan percuma ini boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@fattahamin Fighting geng SPM Batch 07! More info DM @PTTI ♬ Foolish Balloonist – DJ BAI
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Kerja Lebih Masa Dari Average Orang Di KL,” – Penggiat Seni Turut Terkesan Macam Orang Lain, Pelakon Izzy Reef Harap Minda Masyarakat Lebih Terbuka
Pelakon remaja, Izzy Reef meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat masa kini yang sering memandang rendah terhadap golongan yang terlibat dalam cabang seni.
Jelas Izzy, dia menyifatkan mereka yang memberi komen negatif terhadap para pemain industri ini sebagai cetek ilmu dan kurang pengetahuan terhadap dunia luar.
“Ya Allah kesian betul tengok segelintir orang orang Malaysia yang comment maki maki dan doa yang tak baik dan cakap macam macam dekat orang orang yang bekerja dalam industry perfileman.
“Malah kebanyakannya Melayu sendiri yang comment macam tu! Teruk! Aku assume orang-orang yang comment teruk-teruk ni semua orang-orang yang tak berakal bodoh cetek ilmu. Ya maaf kasar. Tapi itulah reality.
“Sebab kalau orang-orang ni ada ilmu pengetahuan tentang DUNIA LUAR, REALITY KEHIDUPAN, APA YANG MANUSIA LAIN HADAPI DI LUAR SANA. Diorg tak akan cakap benda benda macam ni,” tulisnya.
Katanya lagi, para penggiat seni ini bukan hanya tertumpu kepada barisan artis semata-mata tetapi ia turut melibatkan mereka yang bekerja disebalik tabir.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Mama itu memerusi entri terkini di laman Instagram.
“Dan aku tahu orang orang macam ni lah yang sebenarnya kehidupan seharian diorg duduk terkangkang depan tv sambil melantak.. diorg hidup dalam fantasi sendiri dan tidak terdedah dunia luar.
“Sedarkah korang… disebalik seorang dua “artist” yang duduk di dalam kaca tv itu, mempunyai berpuluh, beratus, beribu crew crew pekerja disebalik tabir. Kami bekerja lebih masa lagi banyak dari average orang yang bekerja di KL ni tau.
“Begitu juga dengan artist yang korang kata bodoh sial tu. Crew crew perfileman bagun keluar kerja seawal 5 pagi. Dan ada hari yang untung.. pukul 10 malam dah boleh jumpa anak bini di rumah.
“Tapi selalunya pukul 2 3 pagi pula lah baru sampai rumah.. kemudian tidur. 5 pagi dah keluar kerja balik. macam tu la circle kerja kami selama tempoh bershooting,” jelasnya lagi.
Bintang berusia 21 tahun ini turut menambah, bergelar anak seni tidak seindah seperti yang orang luar gambarkan terutamanya bila melibatkan soal pengurusan wang.
“Akak akak abang abang adik-adik tahu tak yang pekerjaan kami ini tidak tetap? Ada rezeki.. alhamdulillah job back to back setiap bulan.. takde rezeki.. setahun 3 4 job sahaja.
“Yaaaa gaji banyak.. contoh 5-10k 1 shoot.. bersamaan satu bulan.. lepastu bulan ke 2 hingga ke 5 takde kerja.. nak cekau duit dari mana?
“Itu pun 10k tu bukan dapat bersih ya. Modal beli pakaian sebelum shooting. Modal minyak tol hari-hari ke set macam macam lagi..silap2 bawa balik rm3 4k je. Tolak hutang itu ini. Sama je macam orang lain.. balance tinggal 1k.
“Nak survive macam mana untuk lagi 3 bulan?. Lagilah pelakon pelakon extra yang bergaji rm80 sehari. Nak survive macam mana?,” akhirnya.
Sumber: Izzy Reef
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI