Adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya, Aina Syahira pada Ahad.

Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Hael Husaini.

Selain majlis raja sehari yang diperkatakan, kehadiran Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan sapaan PU Riz turut mencuri perhatian wargamaya.

Apa tidaknya, foto serta video yang dirakam oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir pada majlis berkenaan turut kembali dikongsikan oleh beberapa buah akaun di Instagram yang rata-ratanya teruja dengan hubungan rapat yang terjalin di antara PU Riz bersama famili bekas hos MeleTop itu.

Segak mengenakan persalinan Baju Melayu dalam rona senada dengan Neelofa dan ahli keluarganya yang lain, penampilan figura berusia 24 tahun itu nyata meraih tumpuan.

IKLAN

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, Neelofa sebelum ini menjelaskan dia dan Riz sudah lama saling mengenali dan pernah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Neelofa pada masa sama menyifatkan, lelaki tersebut merupakan seorang pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

Sementara PU Riz dalam satu temubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa baru-baru ini pula menyifatkan, hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sekerja.

Riz turut mendedahkan dirinya sudah lama bekerjasama dengan figura asal Kelantan itu sebelum ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI