Sebut sahaja pelakon Remy Ishak pastinya terlintas di fikiran mengenai keupayaannya dalam menjayakan watak selain sinonim dengan imej ‘dashing’.
Terbaru, ada yang tak senang duduk bila pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu memuat naik sekeping foto sepertinya tengah ‘payung’ dadanya yang kekar.
“Sekali sekala kanda posing maut & acah2 handsome. Kasi chance lah kanda perasan… boleh ke dinda?,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Susulan itu, gambar tersebut dibanjiri komen nakal netizen yang mengusik pelakon lelaki berkenaan.
Tak dinafikan, Remy memang pelakon lelaki berwajah Melayu yang macho kan?
View this post on Instagramcuba teka abang kat mana sekarang? siapa bagi jawapan tepat abg bagi hadiah special ?.
A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on
Foto : IG Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik & Ada Aura Tersendiri, Senarai Top 12 Dewi Remaja 2019 Didedahkan! Mana Satu Pilihan Korang?
Teka-teki terjawab apabila pengumuman Top 12 peserta Dewi Remaja 2019 diumumkan di majlis sidang media di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Mempunyai karakter dan personaliti tersendiri, 12 peserta ini bakal melangkah ke peringkat seterusnya dan menghadapi beberapa cabaran untuk merangkul gelaran juara.
Tampil dengan gaya tema pakaian putih-hitam, masing-masing berkeyakinan cat-walk di khalayak ramai dengan mengukir senyuman manis.
Berikut adalah senarai nama yang terpilih.
1. Nina Amin, 23 tahun (Selangor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
2. Adrianna Fernandez Azmi ,19 tahun (Kuala Lumpur)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
3. Tengku Shatirah Amanda Tengku Ahmad Badruddin, 19 tahun (Kelantan)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
4. Yusmyra Natasha Abdulla, 24 tahun (Kuala Lumpur)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
5. Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 23 tahun (Selangor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
6. Aishah Azhan, 24 tahun (Selangor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
7. Nursyaza Azra, 19 tahun (Negeri Sembilan)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
8. Sharlina Gilbert Mojinun, 23 tahun (Sabah)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
9. Nurul Hanynaa Harizal, 23 tahun (Selangor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
10. Nur Nafissa Adriana Abdul Ghafar, 21 tahun (Johor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
11. Norsyamira Izzati Mohd Nazir, 22 tahun (Selangor)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
12. Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 24 tahun (Kuala Lumpur)
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Terdahulu, lapan peserta tidak layak mara ke pusingan seterusnya seperti Farzana Zainul, Shahirah Sazali, Aina Shuhada, Nina Ariff, Clara James, Aini Sophi, Hidatul Hikmah dan Farha Nabila.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Sementara itu, Scha Al-Yahya dan Yusry Abd Halim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap, manakala Amelia Henderson sebagai pengacara.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Pengumuman TOP 12 DEWI REMAJA 2019
Posted by Remaja on Tuesday, October 15, 2019
Foto : Instagram Remaja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Harus Melalui Segala Takdir Dengan Berlapang Dada,” – Tunggu Hari ‘Operatiom’ Buang Ibu Jari Kaki, Bad Indigo Reda Bakal Cacat Kekal
Penyanyi, Bad Indigo mengakui reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya ketika ini meskipun dia dilaporkan bakal berdepan dengan risiko cacat kekal serta bergelar orang kelainan upaya (OKU).
Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah memaklumkan dia bakal menjalani satu lagi operasai pembedahan untuk membuang ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan penyakit kencing manis yang dialaminya itu terus merebak.
Katanya lagi, selepas selesai sahaja pembedahan tersebut, dia difahamkan perlu memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan urusannya selepas ini.
“Saya masih menunggu slot untuk menjalani pembedahan membuang ibu jari kaki kiri. Begitu juga proses memohon status OKU yang kebiasaannya mengambil masa selama enam minggu.
“Cuma, buat masa ini, saya tidak mahu larut dengan kesedihan termasuk perasaan mengasihani diri sendiri. Ia akan membuatkan saya menjadi lebih lemah.
“Keutamaan saya mahu menjaga dan merawat luka pembedahan lalu supaya tidak merebak menjadi lebih teruk. Saya juga kena terima hakikat tidak akan ada jari kaki kiri dan tidak boleh berjalan seperti biasa,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut menegaskan dia tidak mahu terlalu menurutkan perasaan sedihnya itu dan dia sebolehnya mahu kekal bersemangat untuk menjalani kehidupannya selepas ini.
“Pilihan saya saat ini hanya menjadi kuat. Saya bertuah mendapat sokongan isteri, ibu, anak, keluarga dan mentua yang sering memberikan semangat dan kekuatan.
“Di akhirnya saya percaya diri sendiri kena kuat menempuhi ujian Allah. Sekuat mana boleh pergi, saya tiada jaminan. Cuma, saya seharusnya melalui segala ketentuan takdir dengan berlapang dada,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Andai Kau Pergi ini turut berharap agar permohonan status OKU ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kos rawatannya dari semasa ke semasa.
“Saya akui, pergerakan saya jadi terbatas. Namun, ini ujian yang harus diterima.
“Lebih mencengkam apabila sudah lama tiada tawaran nyanyian mahupun tugasan sebagai pengurus acara pada era pandemik. Ujian saya bertimpa-timpa.
“Mungkin status OKU boleh meringankan beban kos rawatan ditanggung,” jelasnya lagi.
Sekadar makluman, Bad sebenarnya telah pun terlebih dahulu melakukan pembedahan memotong empat jari sebelah kaki kiri akibat penyakit diabetes pada Mac lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Dan Anak Sihat, Dipermudahkan Kelahirannya,” – Zul Yahya Kongsi Berita Gembira, Selamat Timang Cahaya Mata Ke-6
Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata keenamnya Jumaat lalu.
Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.
Pada masa sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz.
Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram.
Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya.
“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.
“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah.
Foto: Instagram Zul Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI